Pemain pertahanan Pahang FA, Matthew Davies yakin pasukan itu mampu menyinar walaupun kehilangan beberapa nama besar menjelang sepak mula Liga Malaysia pada penghujung Februari hadapan.
Lazarus Kaimbi, Saddil Ramdani, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Norshahrul Idlan Talaha dan Safuwan Baharuddin adalah antara pemain yang sah tidak akan meneruska karier masing-masing bersama skuad Tok Gajah selepas ini.
Bercakap kepada The Star, Davies tidak menganggap ia sebagai keadaan yang membuatkan pasukan itu panik.
Malah pemain kacukan Australia-Malaysia itu mahu melihat ia dari sudut pandangan positif, untuk peluang pemain muda menyinar.
Pasukan Pahang dilihat antara pasukan yang banyak berdiam diri sepanjang persiapan pra musim pada kali ini.
Sehingga kini pasukan dari pantai timur itu belum lagi mempunyai skuad yang lengkap. Malah selain daripada Herold Goulon, belum lagi ada pengesahan pemain import yang akan membarisi pasukan itu untuk menghadapi cabaran musim akan datang.
? 4 Januari 2020
?️ Pantai Batu HitamSesi latihan ‘Long Distance Endurance’ skuad Pahang FA di Pantai Batu Hitam bagi meningkatkan tahap kecergasan para pemain.
#pahangfa2020
Posted by Pahang FA on Friday, January 3, 2020
“Kita masih mempunyai lagi dua bulan untuk pra musim. Kelab masih lagi menguji beberapa pemain. Ia lebih baik tidak terburu-buru,” ujar pemain berusia 24 tahun itu kepada wartawan The Star.
Apa yang menarik perhatian Davies bagaimanapun adalah prestasi beberapa pemain muda yang dipanggil menyertai latihan skuad utama setakat ini.
“Ada beberapa pemain muda berbakat yang tampak mampu membuktikan diri mereka di sini. Jurulatih juga telah membawa masuk empat pemain daripada Piala Presiden.
“Mereka menyesuaikan diri dengan sangat baik. Persiapan pasukan setakat ini adalah baik dan secara perlahan-lahan skuad ini akan dibentuk menjelang bermulanya musim baharu.
? 6 Januari 2020
?️ Padang Gelora
??️ Sesi Latihan Harian Skuad Tok Gajah#pahangfa2020
Posted by Pahang FA on Monday, January 6, 2020
“Untuk Pahang, saya harapkan pemain muda ini boleh menjadi sandaran baharu. Ketika latihan, kita boleh lihat kerja keras yang mereka lakukan.”
Musim 2019 boleh dianggap sebagai musim yang berhasil buat Davies setelah beraksi dalam 49 perlawanan keseluruhan untuk Pahang dan pasukan negara.
Harapan beliau yang mulai menyertai Pahang sejak 2015 itu semestinya agar musim 2020 turut mwmbuahkan hasil yang sama.
“Sudah pasti akan ada banyak kerja perlu dilakukan, dan saya gembira dengan pencapaian saya setakat ini. Namun [musim lalu] kami tidak memenangi sebarang kejuaraan.
“Sekarang saya mahu positif. Tiba masanya untuk terus melangkah dan melihat ke hadapan,” tambah beliau lagi.
Davies yang baru kembali dari cuti perayaan Krismas turut melihat tahun 2020 sebagai tahun yang sibuk, terutamanya untuk pasukan kebangsaan.
Selain daripada fokus untuk melayakkan Malaysia ke Piala Asia 2023, antara kejohanan lain yang menanti Matthew Davies bersama Harimau Malaya adalah Piala AFF Suzuki yang akan berlangsung pada 21 November sehingga 27 Disember tahun ini.