Matthew Davies Sah Tinggalkan Pahang

Matthew Davies

Kapten pasukan Pahang, Matthew Davies dilaporkan sudah memutuskan untuk meninggalkan pasukan Pahang.

Berita yang pasti mengejutkan ramai pihak, selepas beliau membuat pengesahan akan kekal bersama Pahang.

Davies memuat naik ringkas di IG story beliau:

“Hanya untuk mengesahkan [perkara ini] sekali lagi. Saya akan kekal bersama Pahang untuk musim 2020,” ujar beliau.

“Saya sudah tiba di Kuantan dan sudah tidak sabar untuk bermula [latihan dan musim baharu]”

Namun sebentar tadi Harian Metro melaporkan mereka mendapat tahu bahawa pemain itu akan sah meninggalkan Pahang untuk saingan musim 2020.

Harian Metro melaporkan bahawa sumber mereka menyatakan: “Segala yang ditularkan di laman sosial berkaitan Davies meninggalkan Pahang adalah benar dan skuad itu amat terasa kehilangannya.”

“Segalanya berlaku terlalu pantas dan Davies yang menyertai Pahang pada 2015 tidak lagi bersama Pahang apabila saingan Liga Super bermula nanti.

“Sudah pasti posisi pertahanan kanan memberi kesan terhadap pembentukan pasukan tetapi ia diharap dapat diatasi sebelum liga bermula.”

https://twitter.com/ArenaHM/status/1228707429321363456

Davies sudah bersama Pahang sejak 2015. Setahun selepas itu beliau dilantik menjadi ketua pasukan Pahang.

Pemain berdarah kacukan Malaysia itu menjadi bek kanan utama Harimau Malaya dan pernah membantu Pahang muncul juara Piala FA 2018.

Pahang masih belum mengumumkan senarai akhir skuad mereka untuk musim ini.

Namun berita ini masih belum rasmi. Sama sama kita tunggu kesudahannya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN