EPL: Liverpool 25 Mata Di Puncak Dan Kekal Tanpa Kalah

Liverpool meneruskan kecemerlangan mereka musim ini selepas menang 1-0 ke atas Norwich di tempat lawan.

Dalam aksi yang berlangsung di Carrow Road, anak anak buah Jurgen Klopp jelas sekali diberikan tentangan sengit sepanjang perlawanan.

Norwich City bertahan dengan disiplin yang sangat tinggi, membuatkan Liverpool sukar untuk mencipta peluang gol.

Liverpool hampir bocor pada separuh masa pertama. Namun mereka diselamatkan oleh Alisson yang cemerlang menampan bola daripada Pukki.

Pada separuh masa kedua, Jurgen Klopp memasukkan senjata penting beliau musim ini iaitu Sadio Mane.

Mane baru kembali daripada kecederaan. Pemain kebangsaan Senegal itu ternyata memberikan tambahan kualiti kepada Liverpool.

Mane meledak gol pada minit ke-78, hasil umpanan cantik oleh Jordan Henderson. Mane merembat deras menewaskan Tim Krul.

Itu adalah gol keseratus Sadio Mane dalam bola sepak Inggeris di dalam kariernya.

Norwich mendapat peluang menerusi Tettey, namun rembatan beliau terkena tiang.

Tamat perlawanan Liverpool menang 1-0. Tiga mata berharga yang membuatkan mereka kini hanya memerlukan 5 kemenangan sahaja lagi untuk dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris musim 2019/20.

Liverpool sudah mencatatkan 17 kemenangan dalam perlawanan liga berturut turut. Liverpool hanya dibezakan dengan satu kemenangan sahaja, daripada menyamai pencapaian Man City.

Liverpool kini 25 mata di atas Manchester City yang berada di tangga kedua. Jurang mata yang sangat besar untuk dikejar oleh skuad bimbingan Pep Guardiola.

Selain itu, Liverpool kini sudah 43 perlawanan liga tanpa kalah. Hanya Arsenal yang pernah mencatatkan rekod yang lebih banyak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN