Matic: “Saya Tak Akan Warnakan Rambut Saya Seperti Pogba Lakukan”

Pogba

Dalam bola sepak moden, macam-macam ragam kita boleh lihat.

Pemain generasi baharu gemar mengenakan potongan rambut yang keterlaluan, cara meraikan gol dengan gerakan tarian yang kadang kala tak masuk akal.

Malah kini, ada juga pemain yang mencipta cara bersalaman dengan gaya pelik sesama rakan sepasukan mereka.

Namun begitu, masih lagi ada lagi pemain yang masih tidak lagi terkesan dengan semua perkara tersebut. Rata-ratanya adalah pemain senior.

Salah seorangnya adalah Nemanja Matic.

(Photo by Matthew Ashton – AMA/Getty Images)
Restrictions

Pemain Manchester United ini ditanya adakah beliau akan mewarnakan rambut beliau kepada warna biru atau merah seperti yang dilakukan oleh Paul Pogba.

Bagi Matic, mati hidup semula pun beliau tidak akan melakukannya!

“Saya tak akan warnakan rambut saya menjadi biru atau pun merah.”

“Saya tidak mahu lakukannya kerana jika saya lakukan, anak-anak saya akan ikut sekali!”

(Photo by Matthew Peters/Man Utd via Getty Images)

Jelas sekali, Matic cuba memberikan contoh yang baik kepada anak-anak beliau.

Malah beliau juga berkata yang eloklah beliau mempunyai rambut seperti Gary Neville. Rambut orang-orang serius menurut beliau.

“Saya cuma mahu ada rambut yang serius dan biasa seperti yang Gary Neville ada sahaja.”

Matic juga mengatakan yang beliau tidak akan meraikan dengan cara yang pelik.

“Tidak sama sekali saya akan raikan gol dengan cara yang keterlaluan. Saya seorang yang ala kadar jadi saya tak akan berbuat demikian.”

Manchester United layak ke perlawanan akhir FA Cup selepas menewaskan Tottenham Hotspur 2-1 di Wembley.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN