Materazzi: “Tak Sanggup Hipokrit Untuk Sokong Juventus, Saya Sokong Zidane Kali Ini”

Marco Materazzi memberitahu wartawan bahawa beliau tidak ada masalah untuk menyokong Zinedine Zidane dan Real Madrid dalam final UCL kali ini.

Pasti kita semua masih ingat insiden panas Materazzi dihantuk oleh Zinedine Zidane dalam final Piala Dunia 2006.

Namun ia bukan alasan untuk Materazzi menyokong Juventus berbanding dengan Real Madrid yang dikendalikan Zinedine Zidane.

Namun harus diingat, Zidane juga merupakan bekas pemain Juventus. Tetapi dilema itu diselesaikan Materazzi dengan mengambil kira isu perseteruan di Itali antara Inter dan Juventus.

Materazzi masih ada darah perseteruan yang kuat ke atas Juventus. Inter Milan masih kekal pasukan Itali terakhir yang menjuarai UCL.

Jika Juventus juara pada kali ini, bermakna, Juventus akan menyamai jumlah kejuaraan Inter Milan iaitu 3 kejuaraan.

Pada final tahun lalu, Materazzi juga menyokong Zidane kerana beliau tidak mahu Simeone menjulang kejuaraan UCL.

Ini kerana Simeone adalah pemain yang pernah menghampakan beliau ketika Simeone beraksi sebagai pemain. Materazzi berkata:

“Tolong jangan minta saya untuk menyokong Juventus. Ia satu perkara yang hipokrit untuk saya lakukan.”

“Namun saya tetap rasakan mereka (Juve) selayaknya ke final dan layak untuk menjuarai UCL kali ini.”

“Jika satu pasukan itu hanya melepaskan bolos 2 atau 3 gol, ia boleh dikira pasukan yang kuat.”

“Saya tiada masalah dengan Zidane dan juga Juventus. Kedua-dua pasukan sudah sampai sejauh ini kerana mereka melakukan tugas dengan baik. Saya ucapkan tahniah untuk kedua-duanya.”

Materazzi juga memberitahu wartawan sebelum ini, pasukan seperti Juventus layak untuk memenangi treble pada musim ini.

Tetapi untuk perlawanan final ini, beliau di belakang Real Madrid.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN