Mat Zan: Pengadilan Teruk Dan Sikap Para Pemain UKM FC Punca Negeri Sembilan Tewas

Ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mat Zan membidas pengadil dan juga sikap para pemain UKM FC yang disifatkan beliau sebagai tiada semangat kesukanan.

Ianya telah menjadi punca Negeri Sembilan gagal menang mahupun mengutip sebarang mata dalam perlawanan ini; menurut beliau lagi.

Dalam perlawanan Liga Perdana pada Jumaat lalu, Negeri Sembilan tewas 0-1 di tangan UKM FC. Jaringan kemenangan UKM FC adalah menerusi Milad Zanidpour.

Keputusan itu sekaligus menamatkan perjalanan rentetan 2 kemenangan Negeri Sembilan sebelum perlawanan ini.

Selepas tamat perlawanan, Mat Zan melemparkan kritikan pedas ke atas pengadil dan para pemain UKM FC. Mat Zan menganggap kualiti pengadilan sebagai tidak memuaskan, dan para pemain UKM FC telah memberikan contoh yang tidak sihat kepada bola sepak Malaysia.

Mat Zan berkata: “Saya tidak berpuas hati dengan pengadilan malam ini, dan cara para pemain UKM bermain adalah tidak cukup bagus untuk bola sepak Malaysia.”

“Semua orang nak menang, namun sikap para pemain UKM, mereka terlalu banyak melengahkan perlawanan dan berpura-pura cedera.”

“Beberapa keputusan pengadil juga membuatkan kami terlepas kemenangan – untuk perlawanan yang kami sepatutnya menang. Faktor-faktor ini yang menyebabkan pasukan kami gagal mengutip sebarang mata pada malam ini.”

Negeri Sembilan kini berada di tangga ke-5 dengan mengutip 19 mata, ianya 7 mata di belakang UiTM FC yang kini berada di tempat teratas liga.

Negeri Sembilan bertekad untuk kembali semula ke landasan kemenangan dalam usaha mereka mahu mara ke Liga Super pada musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN