‘Mat Cinta’ Isi Kuota Pemain Import Kelima Skuad Tok Gajah

Skuad Pahang mengesahkan kuota pemain import pasukan itu sudah lengkap sepenuhnya apabila pemain dari Brazil, Jose Eduardo atau digelar sebagai Ze Love diumumkan sebagai pemain import kelima mereka semalam.

Gelaran Ze Love tersebut mencuri perhatian kebanyakan penyokong Pahang sehingga mereka mengelarkan beliau sebagai ‘Mat Cinta’ selepas kehadiran Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha), Mat Keli (Mohamadou Sumareh), Mat Indo (Saddil Ramdani) dan Mat Miang (Dickson Nwakaeme) serta Mat Gulung (Herold Goulon).

Selepas pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh mendapat pengesahan rasmi daripada pihak Malaysia Football League (MFL) minggu lalu untuk didaftarkan sebagai pemain tempatan, mereka masih mempunyai satu lagi slot pemain import untuk diisi.

Kehadiran Ze Love memperkuatkan lagi skuad kendalian Dollah Salleh tersebut selepas menandatangani Dickson Nwakaeme dari Nigeria, Saddil Ramdani (Indonesia) dan Herold Goulon (Perancis) selain mengekalkan pemain import musim lalu, Safuwan Baharudin (Singapura).

Pemain yang berusia 31 tahun ini sudah menjalani sesi latihan dengan skuad tok gajah dan dikatakan mempunyai reputasi yang hebat kerana pernah beraksi dengan kelab Santos FC berganding dengan bintang terkemuka dunia, Neymar Dos Santos.

Aksi Ze Love bersama seorang pemain import baharu Pahang, Herold Goulon. FOTO: PAHANG FA

Berdasarkan rekod Ze Love bersama Santos FC, beliau berjaya menjaringkan 10 gol dalam 29 penampilan. Selepas meninggalkan Santos FC pada tahun 2011, beliau berhijrah ke Itali menyertai kelab Serie A, Genoa FC.

Bola sepak Asia bukanlah asing bagi pemain ini kerana beliau sebelum ini pernah beraksi dalam Liga China bersama kelab Shanghai Shenxin FC dan kelab UAE, Al-Shaab. Musim lepas beliau beraksi dalam Liga Arab Saudi bersama kelab Al-Faisaly FC.

Difahamkan skuad tok gajah dijangka akan menurun barisan terbaik untuk dinilaikan prestasi mereka dalam perlawanan persahabatan menentang Negeri Sembilan di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh pada malam ini.

Mereka juga dijangka akan menguji kemampuan Dickson Nwakaeme yang sudah hampir 2 tahun tidak diturunkan dalam perlawanan kompetitif.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN