FAM Sahkan Pasukan Piala Dunia Dan Piala Asia Bakal Sertai Pestabola Merdeka 2019

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam mengesahkan sebuah pasukan yang pernah beraksi dalam Piala Dunia 2010 serta sebuah pasukan yang beraksi di Piala Asia 2019 di UAE akan menyertai Kejohanan Pestabola Merdeka tahun ini.

Pestabola Merdeka merupakan sebuah kejohanan bola sepak tahunan yang diadakan dengan tujuan untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan Malaysia. Kejohanan ini telah bermula sejak tahun 1957 dan merupakan kejohanan bola sepak jemputan yang tertua di Asia.

Semasa 1950-an dan awal 1980-an, ia merupakan satu kejohanan berprestij di kalangan negara-negara Asia kerana para peserta menghantar pemain skuad utama mereka.

Difahamkan pasukan Piala Dunia yang mengesahkan penyertaan mereka ialah New Zealand memandangkan jurulatih pasukan itu, Fritz Schmid, mempunyai hubungan baik dengan FAM selaku bekas pengarah teknikal badan induk itu.

Bekas Pengarah Teknikal FAM, Fritz Schmid kini bertugas sebagai pengendali skuad kebangsaan New Zealand. FOTO: Staff.co.nz

Manakala dua lagi pasukan yang bakal menyertai Pestabola Merdeka 2019 ialah pasukan yang beraksi dalam kempen Piala Asia 2019 manakala India mengesahkan mereka tidak akan ke Malaysia menyertai kejohanan tersebut.

Namun, Stuart enggan mendedahkan nama dua pasukan yang beraksi dalam Piala Asia tersebut.

“Dalam fahaman saya, pasukan ini tidak pernah menjejakkan kaki ke Malaysia dan berdepan pasukan kebangsaan. Mereka bukan skuad ternama Piala Dunia tetapi salah sebuah pasukan yang bersaing dalam Piala Dunia 2014 serta tewas dalam final play off Piala Dunia 2018,” katanya dalam Stadium Astro.

Pemilihan pasukan dalam Pestabola Merdeka kali ini mengikut kualiti dan kedudukan ranking mereka yang lebih baik daripada Malaysia supaya skuad Harimau Malaya mendapat pendedahan bertemu lawan yang lebih kuat.

“Saya rasa jika kami bermain bola dan takut kepada keputusan, memang sukar untuk maju. Perbincangan pasukan dan kualiti pasukan telah diadakan dengan jurulatih negara, Tan Cheng Hoe.” jelasnya.

Walaupun Pestabola Merdeka sepatutnya dianjurkan pada bulan Kemerdekaan negara, FAM menjelaskan perancangan untuk menganjurkan kejohanan itu pada bulan Mac tahun ini adalah kerana mengikut kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Penyusunan jadual pertandingan juga mengikut kalendar FIFA tersebut supaya pasukan Liga Malaysia dapat melepaskan pemain utama mereka ke skuad kebangsaan. Ia juga akan membantu meningkatkan kedudukan ranking skuad negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN