Bintang Manchester United, Mason Greenwood telah ditangkap oleh pihak polis selepas beliau didakwa melanggar syarat-syarat dalam perjanjian jaminannya.
Pemain berusia 21 tahun itu pada awalnya telah ditangkap pada Januari lalu atas pertuduhan merogol dan keganasan domestik (pukul kekasih).
Tular di media sosial pada ketika itu rakaman video dan gambar yang menunjukkan bagaimana bintang Man United itu memukul kekasihnya.
🚨 Manchester United are aware that Mason Greenwood has been arrested by police on suspicion of breaching his bail conditions
✍️ @MullockSMirrorhttps://t.co/oQob3avAb6
— Mirror Football (@MirrorFootball) October 15, 2022
Mason Greenwood kemudiannya didakwa lagi atas pertuduhan gangguan seksual dan melakukan ancaman bunuh ke atas kekasihnya sebulan selepas itu.
Pemain penyerang England itu ditangkap di rumahnya di Greater, Manchester pada pagi hari Sabtu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, mereka mendedahkan yang ada seorang remaja berusia 21 tahun telah ditangkap kerana melanggar ‘syarat’ ikat jamin.
“Pihak polis Greater, Manchester sedar tentang pertuduhan berkait seorang remaja berusia 21 tahun yang melanggar syarat ikat jamin dan satu tangkapan telah dibuat pada 15 Oktober 2022.”
🚨 Mason Greenwood has been ARRESTED. pic.twitter.com/1iajbPIXLQ
— Barstool Football (@StoolFootball) October 15, 2022
“Soal siasat sedang giat dijalankan pada ketika ini.”
Ikat jamin Greenwood sepatutnya berakhir pada April lalu, namun ia sudah dilanjutkan sehingga Jun ini selepas selesai sesi sidang di mahkamah.
Jurucakap polis kemudiannya mengesahkan yang mereka tidak akan memberi maklumat lanjut kepada umum berkait hal tersebut sehingga selesai sesi soal jawab bersama Greenwood.
Selepas ditangkap oleh pihak polis, Mason Greenwood sebenarnya sudah berdepan dengan pelbagai masalah dan hukuman.
🚨 Mason Greenwood and Harriet Robson don re-follow again each other on Instagram. 👀 #MUFC pic.twitter.com/w8jMcylvoP
— Manchester United Forever (@Utd_Forever7) October 15, 2022
Selain dari digantung daripada skuad utama Manchester United dan England, Nike turut menarik semula segala tajaan mereka untuk bintang berusia 21 tahun itu.
Pemain penyerang muda itu turut disingkirkan dari permainan FIFA 22 oleh EA Sports dan beliau juga tidak akan muncul dalam FIFA 23.
Mason Greenwood melakukan debutnya bersama skuad utama Manchester United pada tahun 2019 yang lalu selepas beliau graduate dari akademi kelab.
Setahun selepas itu, beliau telah membuat satu-satunya kemunculannya bersama skuad kebangsaan England.
Manchester United’s Mason Greenwood arrested for alleged bail breach https://t.co/Cqh6vQhNVj
— The Guardian (@guardian) October 15, 2022
Secara keseluruhannya Greenwood telah membuat 129 penampilan bersama skuad Red Devils dengan beliau turut berjaya menjaringkan 35 gol sepanjang tempoh tersebut.
Beliau baru sahaja menandatangani kontrak baru selama empat tahun pada tahun 2021 lalu dengan pilihan lanjutan setahun lagi selepas tamat perjanjian asal.
Penampilan terakhir beliau bersama skuad Manchester United adalah ketika aksi kemenangan 1-0 skuad Red Devils bertemu West Ham pada 22 Januari tahun lalu.