Masih Tiada Lesen, Sarawak Berisiko Tersingkir Daripada MSL Sebelum Menentang T-Team

Perlawanan Sarawak menentang T-Team dianggap pertarungan hidup dan mati oleh penyokong Sarawak yang mahu melihat pasukan mereka kekal dalam Liga Super.

Namun penyokong Sarawak semalam dikejutkan dengan berita yang kurang enak untuk mereka dengar.

Presiden FAS, Datuk Posa Majais memberitahu media bahawa pasukan Sarawak diberikan tempoh sehingga 16 Oktober ini untuk menunjukkan lesen kelab untuk bermain di Liga Super kepada FMLLP.

Beliau mengakui buat masa ini, FAS masih gagal untuk mendapat lesen kelab kerana bebanan hutang dengan KWSP, PERKESO dan LHDN. Hutang-hutang tersebut wajib untuk diselesaikan!

Datuk Posa Majais juga menyatakan masalah ini berlaku kerana pengurusan sebelum ini tidak cekap dalam mentadbir urus kewangan dan banyak dokumen berkaitan di dalam simpanan mereka.

Beliau pula baru megambil alih jawatan Presiden FAS pada Januari 2017.

Adakah beliau cuba memberitahu yang transisi dalam pengurusan FAS carca merba sehinggakan penyerahan tugas tidak dilakukan sebaik-baiknya termasuk isu melibatkan dokumentasi.

Pengurusan baru FAS tidak tahu butiran lengkap tentang hutang tertunggak pasukan mereka?

Pihak beliau hanya mampu menyediakan laporan kewangan sementara yang diminta FMLPP daripada Januari hingga Jun tahun ini.

Kredit foto: Stadium Astro

Beban hutang yang masih perlu diselesaikan oleh FAS adalah bernilai sekitar RM1 juta. Lantaran itu, FAS meminta budi bicara daripada FMLLP untuk memberikan satu tempoh baharu kepada mereka untuk menyelesaikan masalah ini.

Ini kerana, agak mustahil untuk mereka menyelesaikan masalah ini menjelang 16 Oktober ini.

Jika FMLLP menyingkirkan Sarawak lebih awal daripada Liga Super, perlawanan terakhir menentang T-Team pada hujung bulan ini sudah tidak memberikan apa-apa makna kepada mereka.

Sarawak sebelum ini melakukan kebangkitan luar biasa menentang pasukan Kedah untuk memastikan mereka masih menghidupkan peluang beraksi di dalam Liga Super.

Sumber

Stadium Astro – http://www.stadiumastro.com/sukan/liga-super-malaysia/artikel/perjuangan-sarawak-dalam-liga-m-berakhir/61602

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN