Manuel Neuer Cuti 6 Bulan Akibat Kecederaan

Penjaga gol Bayern Munich, Manuel Neuer berkata beliau mungkin memerlukan tempoh selama 6 bulan untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialaminya.

Malah kecederaan kaki dialaminya yang bermula ketika tewas dalam perlawanan peringkat suku akhir Champions League kepada Real Madrid pada musim lepas adalah lebih teruk daripada jangkaan awal.

(Photo by TF-Images/Getty Images)

Neuer yang berusia 31 tahun kembali tercedera pada bulan lalu dan terpaksa menjalani pembedahan untuk tujuan rawatan. Pembedahan tersebut dijangka akan menyisihkan Neuer selama 6 bulan.

Di sebalik kecederaan dan tempoh pemulihan yang panjang, Neuer berharap akan kembali beraksi untuk Bayern Munich pada tahun hadapan.

Neuer dipetik kepada FC Bayern TV sebagaimana yang dipetik ESPN sebagai berkata:

“Terdapat rawatan pemulihan tisu di bahagian kaki yang tercedera. Ini memerlukan masa sekitar 6 bulan untuk pulih sepenuhnya.”

“Kecederaan ini bukan perkara mudah untuk saya. Sudah tentu saya tidak sabar untuk kembali beraksi.”

(Photo by A. Beier/Getty Images for FC Bayern )

Neuer hampir pasti disisihkan melangkaui cuti musim sejuk- tarikh awal jangkaan pulih, namun penjaga gol No.1 Jerman itu tetap berharap diirinya mampu pulih berdasarkan jangkaan awal.

“Sudah tentu segalanya bergantung kepada proses pemulihan. Sehingga kini, ia berjalan lancar. Saya hanya mahu bersikap positif dan memikirkan ada kemajuan dalam proses pemulihan yang dilalui setiap hari.”

Bayern Munich melalui prestasi tidak menentu sepanjang ketiadaan Neuer di hadapan gawang. Kelab tersebut masih mensasarkan kejuaraan Bundesliga ke-6 secara berturut-turut walaupun berada 5 mata di belakang pendahulu liga, Borussia Dortmund.

Untuk itu, Neuer yakin bahawa pasukannya yang kini yang berada di bawah bimbingan Jupp Heynckes selepas pemecatan Carlo Ancelotti pada minggu lalu, masih mampu mengejar kedudukan anak buah Peter Bosz.

(Photo by TF-Images/Getty Images)

“Kami semua sentiasa mengimpikan untuk mencipta rekod baharu dalam kejuaraan Bundesliga. Tiada pasukan yang pernah mencapai kejayaan sebegini.”

“Musim ini kami mahu memperbaiki rekod ada, dan sudah tentu untuk menjadi juara Bundesliga buat kali ke-6 secara berturut-turut.”

Jika tempoh pemulihan Neuer adalah mengikut jadual sehingga mengambil masa 6 bulan untuk pulih, maka penjaga gol tersebut dijangka akan kembali menyertai kesebelasan utama kelabnya menjelang Mac tahun hadapan.

Selaind daripada untuk membantu kelabnya mengejar rekod baharu Bundesliga, Neuer turut berharap dirinya mampu cergas untuk membantu Jerman mempertahankan gelaran juara dunia pada kejohanan Piala Dunia 2018.

“Ia adalah impian setiap ahli di dalam skuad kebangsaan Jerman untuk mengulangi kejayaan yang dicapai di Brazil,” ujar Neuer.

Sumber:

1. ESPN FC (2017): Bayern Munich’s Manuel Neuer facing six months on the sidelines; http://www.espnfc.com/bayern-munich/story/3222906/bayern-munichs-manuel-neuer-facing-six-months-on-the-sidelines

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN