‘Masih Tak Puas Hati’ – Keane Keluar Kenyataan Baru Hentam Van Dijk

Roy Keane sekali lagi tampil mengeluarkan kenyataan untuk menghentam Virgil Van Dijk kerana tak puas hati dengan pemain pertahanan Liverpool itu.

Keane menegaskan yang Van Dijk sebenarnya patut mengakui kesalahannya selepas mendengar ketua pasukan Liverpool itu menafikan yang dirinya sombong.

Selepas tamat aksi terikat tanpa jaringan di Anfield pada hujung minggu lalu, Van Dijk tampil mengeluarkan kenyataan panas berkait corak permainan Man United dalam perlawanan tersebut.

Bintang Belanda itu mendedahkan yang beliau merasa seolah-olah hanya satu pasukan sahaja yang sepertinya benar-benar berminat mahu memenangi perlawanan tersebut.

“Kami mahu menang setiap perlawanan, terutama bertemu pasukan seperti mereka.”

Jelas Van Dijk.

“Ia sangat mengecewakan dengan kami mendahului dari segala aspek dan mereka hanya berharap kepada serangan balas untuk sakiti kami.”

Van Dijk juga turut mendakwa yang Man United terlebih gembira selepas berjaya mengutip satu mata di Anfield dan kenyataan beliau itu mengundang rasa marah legenda The Red Devils, Roy Keane.

Bahkan sebaik selepas Van Dijk mengeluarkan kenyataan itu, Keane terus menghentam beliau dengan menganggap pemain pertahanan Liverpool itu sebagai seorang yang berlagak dan biadap.

“Terlalu banyak kesombongan yang keluar dari dia, mempertikaikan Manchester United seperti itu.”

Jelas Keane.

“Dia perlu ingat yang dia bermain bersama kelab yang hanya menang satu Piala dalam tempoh 30 tahun.”

Van Dijk kemudiannya menjawab semula kritikan dari Roy Keane itu dengan beliau menegaskan dirinya sama sekali tidak menyesal mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Dan beberapa hari selepas itu, Keane sekali lagi menyebut nama Van Dijk ketika beliau sedang mengulas keputusan perlawanan antara Manchester City bertemu Crystal Palace.

“Saya nampak Crystal Palace pergi ke Manchester City, Crystal Palace bukan Manchester United, dan kamu patut lihat cara bagaimana mereka set up, dan kita semua perlu puji Roy Hodgson kerana mereka berjaya catatkan keputusan seri.”

Jelas Keane ketika bercakap di Football podcast yang ditaja oleh Sky Bet.

“Saya tak nampak sesiapa dari City yang mengkritik Crystal Palace. Fakta yang mereka berjaya jaringkan gol dalam perlawanan itu mungkin bawa sedikit perbezaan, tapi saya rasa ketika kamu turun dalam sesebuah perlawanan, perjuangan adalah hal terpenting. United bawa pulang mata.”

“Saya tak nampak United selepas perlawanan itu terlalu berlebih-lebihan meraikan kejayaan mereka berjaya bawa pulang satu mata. Mereka sudah menyasarkan itu sejak dari sebelum perlawanan.”

“Dia (Virgil Van Dijk) berhak atas pendapat dia, dia juga mungkin berhak untuk buat salah. Saya bercakap banyak hal lepas perlawanan ketika saya bersama United dan merasa ia biasa-biasa saja, tapi pada umumnya ia tentang pasukan saya sendiri.”

Roy Keane kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan:

“Saya tak rasa sepanjang karier saya, saya ada kritik pasukan lain tentang cara mereka bermain, kerana setiap pasukan tentu mencari sesuatu yang berbeza. Kamu perlu akui ia adalah sebahagian dari permainan juga.”

Melihat Keane masih mengungkit hal tersebut, jelas sekali beliau masih tak puas hati dengan Van Dijk dan mahu menegaskan yang komen beliau itu benar.

Beliau tak terima ketika Van Dijk tak menyesal mengeluarkan komen seperti itu dan kerana itulah beliau masih membangkitkan lagi hal tersebut.

Kenyataan Keane yang menegaskan bahawa Van Dijk perlu sadar yang dirinya juga mungkin melakukan kesilapan sudah cukup untuk menjelaskan yang legenda Man United itu masih tak puas hati dengan bintang Liverpool itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN