“Masih Ramai Lagi Pemain Yang Tak Kurang Hebatnya” – Syazwan Andik Tidak Gusar Tanpa Akmal Zahir

Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain'
00:35
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Menjelang aksi ‘Naning Derby’ yang melibatkan pasukan Melaka United untuk bertemu Negeri Sembilan malam ini di Stadium Hang Jebat, nyata debaran pastinya dirasai oleh setiap para penyokong setelah sekian lama saingan Liga Super 2022 berehat agak panjang.

Melaka United yang tampil dengan sedikit positif dalam corak permainan mereka sejak Asri Ninggal mengambil alih posisi kejurulatihan, pastinya kini lebih bermotivasi untuk menghadapi perlawanan tersebut malam esok.

Walaupun mereka kehilangan tonggak pertahanan mereka iaitu Akmal Zahir yang menyertai Kedah Darul Aman pada pertengahan musim ini, perkara tersebut dilihat tidak begitu memberi masalah buat pasukan tersebut mengenai pengganti beliau.

Muhammad Syazwan Andik selaku salah seorang pertahanan Melaka United jelas mengakui sedikit terasa dengan kehilangan Akmal Zahir setelah beliau semakin serasi digandingkan bersama di atas padang sebelum ini dalam beberapa perlawanan.

Walaupun begitu, Syazwan melihat perkara tersebut bukan satu isu yang besar buat pasukan kini apabila beliau melihat keadaan pasukan masih berada dalam prestasi terbaik untuk persaingan malam esok.

“Memang tidak dinafikan masih terasa dengan ketiadaan Akmal yang memilih berhijrah ke Kedah pada pintu perpindahan pemain kali ini.

“Kami telah mula dapat membentuk satu gandingan yang baik dalam beberapa perlawanan lalu tetapi saya hormati keputusan Akmal demi karier.

“Namun masih ramai lagi pemain lain yang tidak kurang hebatnya dalam pasukan yang boleh beraksi di posisi pertahanan tengah.

“Berdepan Negeri Sembilan, sudah tentu kami mahu memburu tiga mata bagi meneruskan rekod cemerlang Melaka yang telah menang tiga kali berturut-turut sebelum liga berehat selama sebulan,” katanya menerusi MFL.

Walaupun tanpa Akmal, Melaka United masih mempunyai beberapa lagi pertahanan yang tidak kurang hebatnya untuk membantu pasukan seperti Justin Baas, Fadhli Shas, Haziq Puad, serta Faris Shah Rosli.

Berdepan Negeri Sembilan malam ini, pastinya aksi sengit bakal ditampilkan sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung setelah kedua pasukan tersebut kini berada dalam momentum terbaik untuk memburu tiga mata penting bagi memperbaiki kedudukan carta liga.

Pada masa yang sama, jelas Syazwan mahu menggunakan peluang beraksi bersama Melaka United pada musim ini untuk meraih kembali minit permainan yang mencukupi sebagai seorang pemain bola sepak profesional agar beliau terus kekal relevan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

“Sasaran saya berada di Melaka pada musim ini adalah mahu raih kembali rentak sepertimana beberapa tahun yang lalu.

“Buat masa ini, saya sedang perlahan-lahan mendapatkan kembali kecergasan yang diperlukan dengan jurulatih sudah mula berikan kepercayaan untuk saya berada dalam kesebelasan utama.

“Sepertimana pemain lain, impian saya sudah tentu mahu meraih kembali panggilan pasukan kebangsaan pada satu hari nanti, harap segalanya berjalan lancar di Melaka,” katanya.

Sumber:
MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN