Masih Marah Dibaham Harimau Malaya, Penyokong Indonesia ‘Serang’ Facebook FAM

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea
01:23
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Derbi Nusantara sememangnya sentiasa panas. Baik sebelum perlawanan, ketika perlawanan sedang berlangsung, mahu pun selepas tamat perlawanan, pertemuan diantara Malaysia dan Indonesia sentiasa menjadi bualan dari hari ke hari.

Ini bukan perkara menghairankan mengambil kira persaingan dua bangsa serumpun yang berjiran, mempunyai banyak titik persamaan dari segi budaya dan aturan kehidupan seharian – tetapi sukar sekali menemukan persamaan dalam apa sahaja pertemuan untuk menampilkan siapakah yang lebih berhak.

Tidak terkecuali ialah bola sepak. Dalam dua perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, Malaysia mengutip maksimum enam mata untuk perlawanan menentang Indonesia.

Pada pertemuan pertama kedua-dua pasukan di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK) pada 5 September lalu, Malaysia menewaskan Indonesia 3-2.

Kekalahan tersebut mencetuskan insiden rusuhan di kalangan penyokong tuan rumah, selepas sebelum itu turut mensasarkan penyokong Malaysia sebagai mangsa balingan objek.

Pada Selasa lalu, skuad kendalian Tan Cheng Hoe sekali lagi menghukum Indonesia, kali ini dengan kemenangan 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Tidak kurang 6,500 penyokong Indonesia hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan tersebut, dan jutaan lagi mengikutinya di kaca televisyen secara siaran langsung.

Walaupun tiada insiden seteruk yang berlaku di SUGBK, penyokong Indonesia nampaknya mengubah strategi mereka untuk melepaskan geram selepas sekali lagi tewas kepada pasukan negara.

.

Datuk Haji Hamidin Yakin Dengan Kemampuan Skuad B-22 Kebangsaan ke Sukan SEA 2019

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Thursday, November 21, 2019

Kali ini mereka mensasarkan laman Facebook Persatuan Bola Sepak Malysia (FAM) untuk melepaskan geram.

Tinjauan kami pada pagi ini mendapati Facebook FAM memperolehi ‘engagement’ luar biasa, dengan salah satu dari muat naik mencecah lebih dari 28,000 komen!

Rata-rata dari komen tersebut tiba dari penyokong Indonesia yang tidak berpuas hati dengan kekalahan pasukan mereka kepada skuad Harimau Malaya.

Facebook FAM

Seperti kebiasaan, terdapat juga netizen Malaysia yang tampil mempertahankan, sekaligus mengakibatkan Facebook milik FAM ibarat medan pertempuran ‘bawang-bawang’ alam maya.

Ia bukan perkara yang dianggap ‘sihat’ mengambil kira bahasa yang digunapakai oleh penyokong kedua-dua pasukan dan negara yang langsung tidak menggambarkan adab, budaya dan tahap intelek masyarakat kedua-dua negara.

Kepada penyokong dari Malaysia, nasihat kami ialah hentikan sahaja pertengkaran yang tidak berfaedah.

Buat penyokong Indonesia, cuba lagi di laga seterusnya. Satu perkara yang pasti, tindakan anda semua tidak akan membantu menaikkan ranking FIFA pasukan masing-masing.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN