Penyerang veteran Portugal iaitu Cristiano Ronaldo membuktikan diri beliau masih tajam dalam arena bola sepak profesional walaupun usianya kini semakin meningkat.
Bersama kelab baharu diwakili beliau iaitu Al-Nassr, Ronaldo tampil dengan melakar rekod tersendiri untuk kembali bangkit dalam kariernya yang mendadak jatuh sebelum itu.
CRISTIANO RONALDO HAS SCORED TWO HAT TRICKS IN HIS LAST THREE AL NASSR GAMES 🐐 pic.twitter.com/RZVga5iMV2
— ESPN FC (@ESPNFC) February 25, 2023
Ronaldo secara rasmi telah pun meledak hatrik ke-62 beliau dalam karier bola sepak selepas pemain tersebut melakukannya sekali lagi ketika bertemu Damac untuk aksi saingan liga.
Lebih menarik, Ronaldo mencipta hatrik tersebut pada separuh masa pertama untuk membantu pasukan tersebut meraih kemenangan 3-0 di Stadium Prince Sultan Abdul Aziz.
Untuk rekod, Ronaldo sudah pun menjaringkan lapan gol secara keseluruhan daripada enam penampilan terakhir dibuat bersama pasukan tersebut di Arab Saudi.
Tambah menggagumkan, ia merupakan jaringan hatrik kedua yang dilakar oleh Ronaldo sepanjang berada di sana, setelah penyerang tersebut melakukannya terlebih dahulu ketika menentang Al-Wehda.
This finish is so good reminded me of Prime Cristiano Ronaldo. https://t.co/j4h3Vfw7Rx
— Sheikh Hammad (@RonaldoW7_) February 25, 2023
Ketika itu, Ronaldo menjadi individu paling penting di atas padang untuk menyumbang empat gol secara keseluruhan sebelum mengesahkan kemenangan 4-0 mereka ke atas Al-Wehda.
Nama penyerang berpengalaman itu boleh dikatakan kini kembali memuncak, selepas segalanya tampil tidak begitu menjadi pada tahun lalu, selain kritikan yang datang daripada pelbagai arah.
Segalanya bermula dengan krisis yang berlaku membabitkan Ronaldo bersama bekas kelab diwakilinya iaitu Manchester United sejak pramusim lalu sebelum ianya menjadi bertambah buruk.
Ronaldo menjelaskan hubungan beliau ketika itu bersama pengendali United iaitu Erik ten Hag tidak berjalan lancar serta mengakui tidak menghormati pengurus dari Belanda tersebut.
Selepas itu, kritikan terus menghantui beliau dalam aksi Piala Dunia 2022 lalu dengan penyerang tersebut gagal memberi impak lebih besar untuk Portugal.
Malah, Portugal turut gagal untuk mara lebih jauh selepas mereka dikejutkan oleh Maghribi di pusingan suku akhir selain Ronaldo tersisih di bangku simpanan pada saingan tersebut.
Cristiano Ronaldo's last three games:
▪️ Four goals (Al-Nassr win 4-0)
▪️ Two assists (Al-Nassr win 2-1)
▪️ Three goals (Al-Nassr win 3-0)He's been involved in their last 10 goals 🤯 pic.twitter.com/xpzhWgXzra
— B/R Football (@brfootball) February 25, 2023
Kini, segalanya tampak lebih baik dengan Ronaldo berada di landasan sebenar untuk membantu Al-Nassr menjuarai Saudi Pro League seperti dibuat pemain tersebut ketika merangkul kejuaraan liga di England, Sepanyol, dan Itali.