Liga Super: Tiada ‘Team-Talk’ Luar Biasa, Yee Fatt Tabik Kebangkitan Pemainnya

Penang Chong Yee Fatt 'team-talk'

Pengendali Penang FC, Chong Yee Fatt berkata di sidang media, tiada ‘team-talk’ luar biasa sepanjang di bilik persalinan yang menjurus kepada kebangkitan para pemainnya ketika terikat 2-2 menentang KL City FC.

Dalam aksi sulung kedua-dua pasukan itu, KL City sebenarnya memiliki kelebihan dengan barisan pemain yang lebih baik selain beraksi di halaman sendiri, malah turut dibantu dengan lawan yang terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas bek kanan, A Namathevan diarahkan keluar padang.

Belum sampai sejam perlawanan berlangsung, Penang dihukum beraksi dengan kurang seorang pemain apabila Namathevan dilayangkan kad kuning kedua dan akibatnya beliau terpaksa meninggalkan padang.

Tetapi, ia tidak dimanfaatkan langsung oleh anak didik Bojan Hodak apabila melepaskan dua gol selepas itu untuk Harimau Kumbang membawa balik satu mata berharga waima boleh diibaratkan turun serba ‘tempang’.

Babak pertama berakhir dengan kedudukan 1-0 buat The City Boys apabila pemain naturalisasi terbaharu mereka, Paulo Josue mencipta jaringan menarik menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti di minit ke-14.

Penjaga gol pelawat, Shafiq Afifi wajar diberikan kredit atas beberapa aksi menyelamat yang memberikan mereka sedikit ‘insurans’ malam tadi.

Antaranya rembatan deras oleh dua pemain iaitu Romel Morales di babak pertama serta Haqimi Azim Rosli di babak kedua yang membuatkan KL City terus berasa tertekan untuk memikirkan cara bagi merobek gawang.

Minit ke-71, Josue sekali lagi meledak gol menerusi percubaan luar kotak penalti yang memperdaya Shafiq Afifi di gawangnya untuk mereka dua gol di depan. Tiada sebarang cabaran diberikan oleh pertahanan lawan.

Dan disinilah kebangkitan luar biasa Penang tercipta untuk bangkit semula.

Hanya dua minit diperlukan pasukan pelawat untuk merapatkan jurang gol selepas bekas pemain mereka musim lalu, Hadin Azman menjaringkan gol mudah hasil hantaran Soony Saad yang terbias dari pertahanan lawan.

Apa yang digusarkan Bojan akhirnya tiba pada minit ke-85, apabila kepala Giovane Gomes berjaya menewaskan Kevin Mendoza. Tandukkan padunya terhasil selepas menerima hantaran lintang bek kanan, Faris Shah Rosli.

Mungkinkah terdapat sebarang ‘team-talk’ berkesan dibuat oleh Yee Fatt?

Sebenarnya, tiada pun [arahan istimewa]. Walaupun kita ketinggalan di babak pertama, saya hanya meminta para pemain untuk teruskan cara pemainan mereka. Pendekatan kami masih sama. Mental harus kekal kuat. Cuma pergerakan di jentera depan perlu dibanyakkan,” ujar Yee Fatt.

Tidak mudah berdepan KL City yang memiliki pemain-pemain berkualiti dan ia satu mata yang maha besar buat Penang,” tegasnya lagi tentang lawan.

Semuanya tentang mentaliti pemain. Sebelum kita turun ke sini, saya dapat lihat dalam beberapa sesi latihan di Pulau Pinang para pemain semakin positif dan sangat bermotivasi. Ini buat saya yakin kita mampu membawa pulang mata malam ini,” jelasnya tentang keadaan skuad kendaliannya.

Ditanya tentang bagaimana mungkin reaksi rakan pengendali, Manzoor Azwira yang masih tidak dapat bersama pasukan kerana berada di Eropah untuk kursus Lesen AFC Pro Diploma, Yee Fatt sekadar ketawa kecil.

Saya harap dia [Manzoor] gembira dan berpuas hati dengan satu mata ini ditambah situasi pasukan [beraksi kurang pemain],” ungkapnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN