Masalah Internet Di Stadium Punca Siaran Langsung Di IFLIX Terganggu

Semalam peminat bola sepak tanah air meluahkan rasa tidak puas hati mereka mengenai mutu siaran langsung perlawanan Liga Super yang disiarkan melalui siaran atas talian iaitu aplikasi iflix.

Kebanyakannya mengeluh kerana tidak dapat menonton perlawanan dengan lancar dan siaran menjadi tersekat-sekat walaupun menggunakan kemudahan internet berkelajuan tinggi.

Namun pihak produksi Malaysia Football League (MFL) tampil menjelaskan masalah siaran langsung yang dihadapi oleh mereka sebenarnya berpunca daripada kemudahan internet yang disediakan oleh pihak tuan rumah.

“Pihak produksi MFL ingin menjelaskan masalah siaran langsung perlawanan SEL v JDT hari ini berpunca daripada kekurangan kemudahan internet disediakan oleh pihak tuan rumah yang menyebabkan siaran sering kali terganggu dan kurang memuaskan,” kata kenyataan melalui laman sosial mereka.

https://twitter.com/FMonIFLIX/status/1101505500418473984

Bagaimanapun, beberapa pengguna di laman sosial memberi reaksi berbeza menggesakan agar pihak iflix segera memperbaiki kualiti siaran langsung dan meningkatkan server mereka supaya para peminat bola sepak dapat menonton dengan lebih lancar tanpa sebarang masalah.

iflix mendapat hak penyiaran eksklusif bagi pengstriman atas talian bagi perlawan MFL untuk tempoh 10 tahun dengan usaha sama pihak Liga Bola Sepak Malaysia bermula Januari tahun lepas.

Sejak itu, iflix telah menyiarkan semua perlawanan Liga Malaysia berserta lebih 800 episod siaran ulangan, sorotan perlawanan, dan kandungan pendek iflix Originals, di saluran Football Malaysia on iflix.

Untuk menonton, peminat bola sepak tempatan hanya memerlukan peranti seperti telefon pintar atau tab dan Internet untuk mula menonton semua perlawanan dan program bola sepak iflix secara percuma.

Tontonan tanpa pendaftaran ini hanya boleh didapati untuk pengguna Android dan laman web sahaja. Pihak iflix juga dilaporkan sedang berusaha membawakan versi ini ke pengguna iOS dalam masa terdekat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN