Previu MSL 2019: Felda United Mahu Tamatkan Kemarau Kemenangan Berhadapan PJ City

Felda United meneruskan misi mencari kemenangan yang pertama mereka pada musim ini. Lawan mereka pada kali ini adalah PJ City yang berada dalam prestasi yang akan baik.

Rekod 2 pertemuan terakhir

Hanya 2 kali kedua-dua pasukan ini bertemu dan rekod adalah seimbang. 1 kemenangan berpihak kepada Felda United dan 1 lagi kepada PJ City.

Misi kemenangan sulung Felda United

Felda United salah satu daripada 5 pasukan yang masih belum menang sebarang perlawanan setakat ini. Felda United mencatatkan 3 seri dan 1 kekalahan sehingga LS4.

Prestasi Hadin Azman
Hadin Azman meraikan jaringan penyamaan ketika bertemu Selangor di Stadium Shah Alam.

Hadin Azman sudah beberapa perlawanan memikul satu pasukan Felda United di bahunya. Agak mengejutkan kerana Felda United tidak lagi stabil dari segi taktikal.

Hadin menjadi kapten Felda United pada musim ini dan ianya sedikit sebanyak telah mematangkan lagi permainan beliau. Hadin juga menjadi antara penjaring yang produktif dalam Liga Super setakat ini.

Prestasi PJ City

PJ City ada ‘feel good factor’ yang jelas dalam pasukan mereka. Pasukan yang mampu mengejutkan sesiapa sahaja. Mereka berjaya mendapatkan keputusan positif dalam beberapa perlawanan awal musim ini. Sebagai pendatang baharu, mereka jelas pasukan yang patut diberikan perhatian lebih oleh lawan.

PJ City mengikat pasukan seperti Selangor. Mereka juga jelas memberikan masalah kepada pasukan Kedah pada separuh masa kedua dalam perlawanan sebelum ini.

Fakta Perlawanan

– PJ City hanya menang sekali dalam 8 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan
– PJ City gagal mencatatkan sebarang ‘clean sheet’ dalam 5 perlawanan terakhir dalam semua pertandingan
– Felda United kini 7 perlawanan tanpa kemenangan. Kemarau kemenangan terpanjang mereka adalah pada 2017 dengan 8 perlawanan tanpa kemenangan
– Felda United hanya menang 1 perlawanan di laman sendiri dalam 8 perlawanan – dalam semua pertandingan.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun. Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan previu-previu menarik sebelum perlawanan bermula. Terus setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN