Masa Depan Leroy Sane Bersama Manchester City Masih Jadi Tanda Tanya

Sane

Rundingan berhubung lanjutan kontrak Manchester City bersama Leroy Sane masih belum ada kata putus dari kedua-dua pihak.

City sebelum ini dilaporkan telah mengadakan perbincangan dengan wakil Sane bagi lanjutan kontrak pemain Jerman itu yang bakal berakhir pada tahun 2021.

Difahamkan, City menawarkan lanjutan kontrak selama tiga tahun kepada Sane selain beliau bakal menerima kenaikan gaji sekali ganda iaitu sekitar 180,000 pound.

MANCHESTER, ENGLAND – APRIL 25: Manchester City’s Leroy Sane reacts during training at Manchester City Football Academy on April 25, 2019 in Manchester, England. (Photo by Victoria Haydn/Man City via Getty Images)

Bagaimanapun sumber yang didedahkan The Sun baru-baru ini mendakwa bahawa perbincangan kontrak Sane telah tergendala apabila pemain itu memutuskan untuk menunda perbincangan ke satu tarikh yang baru.

Situasi ini tentu meresahkan perancangan Pep Guardiola dan pasukan dalam mempersiapkan pasukan untuk musim baharu akan datang.

Sane dianggap sebagai tonggak penting The Cityzens musim ini apabila beliau diturunkan sebanyak 44 perlawanan, 29 untuk saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan berjaya menyumbangkan 16 gol dan 18 bantuan gol secara keseluruhan.

MANCHESTER, ENGLAND – APRIL 24: Leroy Sane of Manchester City celebrates after scoring their second goal during the Premier League match between Manchester United and Manchester City at Old Trafford on April 24, 2019 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Alex Livesey – Danehouse/Getty Images )

Dihalang ibu

Beberapa minggu lalu, The Sun turut mendedahkan proses perbincangan sambungan kontrak baharu Sane juga tergendala, gara-gara campur tangan ibu pemain itu.

Ibu Sane, Regina Weber yang juga merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 1984 acara gimnastik dilaporkan telah menghalang Sane untuk menandatangani lanjutan kontrak bersama City.

Bagaimanapun, pihak kelab enggan memberi sebarang komen berkaitan isu tersebut.

Bayern Munich

Terdapat khabar angin mengatakan bahawa kelab gergasi Jerman iaitu Bayern Munich sedang mencari pemain baharu untuk mengisi posisi pemain sayap pasukan pada musim hadapan.

Ini berikutan pasukan itu akan kehilangan khidmat Arjen Robben dan Frank Ribery yang akan berakhir pada 30 Jun ini.

Leroy Sane boleh menjadi pengganti yang ideal untuk posisi yang bakal ditinggalkan Robben. Pengalaman beraksi di Bundesliga serta memiliki ciri pemain yang memiliki kepantasan menjadikan faktor pemain berusia 23 tahun itu akan menjadi sasaran utama Bayern Muncih pada jendela perpindahan akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN