Teemu Pukki Bersama Dua Rakan Sepasukan Norwich City Tersenarai PFA Team of The Year

Pukki

28 gol dijaringkan oleh Teemu Pukki telah menjadi faktor pemain Finland itu dipilih dalam kesebelasan PFA Team of The Year bagi EFL Championship.

Selain Pukki, Max Aarons dan Jamal Lewis turut menjadi pemain Norwich City yang dimasukkan dalam kesebelasan terbaik itu.

Kuasa tiga teratas

Team of The Year EFL Championship 2018/19. Sumber: BBC.

Sheffield United yang sedang berada di tangga kedua EFL Championship mempunyai dua orang pemain dalam kesebelasan terbaik tahunan ini. Oliver Norwood dan Billy Sharp merupakan pemain The Blades yang telah terpilih.

Sharp telah menjaringkan 23 gol setakat kempen musim ini.

Leeds United boleh berbangga dengan kehadiran Pablo Hernandez, Pontus Jansson dan Liam Cooper. Hernandez merupakan pemain tengah Leeds manakala kedua-dua pemain lain merupakan pertahanan.

Kuasa Villa

Kelab dari kota Birmingham, Aston Villa mempunyai dua orang wakil untuk Team of The Year. Pemain Villa yang telah terpilih ialah Jack Grealish dan Tammy Abraham.

Abraham setakat ini telah menjaringkan 25 gol untuk Villa dalam kempen musim ini. Sumbangan beliau itulah menjadi faktor beliau dipilih untuk menyertai XI ini.

Bekas penjaga gol West Ham United yang kini bersama Middlesbrough, Darren Randolph menjadi penjaga gol dalam kesebelasan terkemuka ini.

Masih terbuka

Carta EFL Championship musim ini selepas 44 perlawanan. Sumber: BBC.

Persaingan merebut slot automatik ke Liga Perdana Inggeris masih terbuka. Namun begitu, ia akan terjawab selepas perlawanan antara Leeds menentang Aston Villa pada Sabtu.

Norwich akan dipromosi secara automatik sekiranya Leeds tewas atau seri kepada Aston Villa pada Ahad. Sheffield United juga akan naik divisyen sekiranya mereka menang ke atas Ipswich Town dengan margin gol yang besar.

Pada perlawanan tempoh hari, Norwich terikat 2-2 dengan Stoke City yang menyebabkan perjalanan mereka ke Liga Perdana Inggeris tersekat. Tambah perit, Leeds kalah mengejut kepada kelab London, Brentford.

Sheffield United menewaskan Hull City dengan keputusan 3-0 untuk memintas Leeds di tangga kedua. Leeds tergelincir ke tangga ketiga yang menjanjikan aksi play-off.

Dua perlawanan yang tinggal pun masih panas. Memang ia musim luar biasa!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN