Kenali Pemain Sporting Lisbon Dari Indonesia, Yang Juga Mangsa Tsunami 2004

Martunis hanya berumur 7 tahun ketika dia ditemui masih hidup selepas terdampar selama 21 hari di kawasan bencana tsunami di Acheh. Bencana tsunami yang meranapkan Banda Acheh itu berlaku pada 26 Desember 2004, ketika Martunis sedang bermain bola sepak dengan kawan-kawannya.

Seramai 230,000 orang dari 14 negara di sekitar Lautan Hindi terkorban dalam bencana itu. Di Acheh sahaja, sebanyak 170,000 orang terkorban. Antaranya adalah ibu dan dua kakak Martunis.

Martunis terselamat selepas berpaut di sebuah kerusi sekolah, kemudian tilam, kemudian batang pokok kelapa dan kemudian sofa ketika diusung oleh arus laut yang kuat.

Selama 18 hari, Martunis hanya kesorangan di kawasan bencana yang penuh dengan mayat yang bergelimpangan. Dengan hanya air minuman botol dan air tin berkarbonat, dia cuba untuk bertahan.

Pada hari ke-21, Martunis sudah tak bermaya. Dia mengalami dehidrasi, kekurangan zat dan di ambang kematian sebelum ditemui oleh penduduk tempatan dan wartawan Sky News dari England.

Wartawan Sky News itu kemudiannya membantu Martunis mendapatkan bantuan dari staf badan kebajikan ‘Save The Children’ yang membawanya ke hospital.

Kisah Martunis yang terselamat menjadikannya terkenal.

Terkenal di Portugal

Tetapi kisahnya menjadi viral di Portugal selepas dia dilihat memakai jersi tiruan pasukan kebangsaan Portugal yang tertera nama Rui Costa – satu-satunya baju yang beliau ada – ketika ditemuramah wartawan.

General - GEN - Banda Aceh tsunami survivor Martunis

“Saya tak takut sangat kerana saya mahu terus hidup dan menjadi pemain bola sepak,” kata Martunis.

Kisah beliau mendapat perhatian Persatuan Bola Sepak Portugal dan pemain kebangsaan Portugal. Mereka mengumpul €40,000 (RM166,660) untuk membina rumah baru untuk Martunis dan menawarkannya lawatan ke Portugal pada tahun 2005.

martunis-cr7

Cristiano Ronaldo sebagai mentor

Cristiano Ronaldo yang ketika itu bermain di Manchester United juga pernah melawat Martunis dan bapanya, Sarbini di Indonesia dan menghadiahkannya sebuah telefon bimbit yang mempunyai nombor telefon semua pemain kebangsaan Portugal.

Selepas bencana tsunami itu, Martunis mengabadikan hidupnya untuk mengejar cita-cita menjadi pemain bola sepak profesional.

Setiap hari, dia bermain bola sepak di Akademi Bola Sepak Yayasan Real Madrid di Banda Acheh. Dia juga menghadiri kelas bahasa Inggeris sebanyak 3 kali seminggu.

Pernah gagal

Ketika umurnya baru menginjak 17 tahun pada Oktober 2014, dia menyertai pemilihan pasukan kebangsaan Indonesia bawah-19 dan lepas peringkat pertama. Bagaimanapun beliau gagal melepasi peringkat kedua pemilihan.

“Saya diberitahu oleh jurulatih timnas yang saya terlalu kurus dan cepat letih,” kata Martunis yang bermain sebagai penyerang.

Tetapi Martunis tetap tidak berputus asa.

Dia bertemu Ronaldo – yang dilantik sebagai duta kempen pemuliharaan paya bakau di Indonesia – di Bali sekali lagi pada Jun 2014. Ronaldo memberitahunya supaya ‘belajar rajin-rajin dan berlatih selalu’.

877x658

“Jika saya buat apa yang beliau (Ronaldo) katakan, tak mustahil saya akan menjadi pemain profesional.”

Dilamar Sporting Lisbon

Baru-baru ini, Sporting Lisbon telah menawarkan peluang kepada Martunis untuk menyertai akademi mereka di Alcochete – tempat sama idolanya, Cristiano Ronaldo, membina karier profesional.

“Saya gembira dengan peluang ini. Kelab ini menunaikan impian saya,” kata Martunis pada upacara pengenalan pemain baru. “Saya sangat teruja. Viva Sporting!”

Bagi presiden Sporting Lisbon, Bruno de Carvalho, Martunis kini mempunyai peluang untuk merealisasikan impiannya.

“Dia akan bermain untuk pasukan akademi. Kami akan membantu perkembangannya sebagai pemain dan manusia. Menolong pemain muda untuk merealisasikan impian mereka adalah misi kelab kami.”

Baca juga: Ronaldo Derma 7 Juta Euros Untuk Mangsa Gempa Bumi Di Nepal

Sumber: ESPNFC, Japan Times

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN