Kenali Pete Boyle, Lelaki Yang Mencipta Chants Ikonik Manchester United

Tidak semua penyokong Manchester United di Old Trafford yang berkapasiti 76,000 menyanyikan lagu sorakan.

Ada yang yang sibuk dengan makanan dan buku program. Ada yang bertepuk tangan mengikuti rentak muzik yang dimainkan di sistem PA stadium.

Tetapi di seksyen J dan K, di sudut barat laut stadium, penyokong-penyokong Manchester United sibuk menyanyikan lagu gereja yang diubah untuk Paul Scholes. Selepas itu mereka mengubah lirik lagu Andrew Lloyd Webber untuk memuji Dimitar Berbatov pula.

Kemudian, mereka menyanyikan lagu ‘Gary Neville is a red’.

“Gary Neville is a Red, he hate Scousers!”

Siapa yang mencipta lagu sorakan ini? Bagaimana ribuan penyokong boleh hafal sorakan tersebut? Adakah sorakan ini tercipta secara spontan? Atau adakah ia dicipta perlahan-lahan, bait demi bait, sehingga sempurna?

Pencipta lagu sorakan Manchester United

Di seksyen J dan K di Old Trafford, ‘orkestra’ sorakan demi sorakan ketika perlawanan diketuai oleh Pete Boyle. Sorang lelaki yang telah mencipta banyak lagu-lagu sorakan ikonik untuk penyokong Manchester United. Namanya ialah Pete Boyle.

<> at Old Trafford on September 14, 2013 in Manchester, England.

“Saya telah menulis beratus-ratus lagu sorakan,” kata Boyle, yang boleh ditemui di sebuah pub yang pernah menjadi markas hooligan ketika era 70-an, The Bishop Blaize.

“Ada lagu yang hanya dinyanyikan di pub sahaja. Ada yang dinyanyikan di dalam bas sahaja. Lagu yang senang akan dinyanyikan di stadium.”

Salah satu sorakan United yang paling ikonik hanya dinyanyikan di dalam pub sebelum perlawanan. Ia adalah sorakan untuk Eric Cantona yang berbunyi:

“Weeeeeeeeee’ll drink, a drink, a drink, to Eric the king, the king, the king.”

“Dulu di tahun 60-an dan 70-an, sorakan tersebut dinyanyikan untuk King Denis Law. Beberapa kelab lain juga menyesuaikan sorakan tersebut untuk pemain mereka. Tetapi ketika Eric Cantona mula bermain untuk United, saya menyanyikannya untuk Cantona. Kemudian penyokong yang lain mula mengikut,” kata Boyle dengan bangga.

Menjadi maskot tak rasmi Manchester United

Boyle terdedah dengan budaya sorakan sejak kali pertama naik ke bas bersama penyokong United ketika umurnya baru 7 tahun. Ketika era Cantona pada tahun 90-an, beliau sudah pun dikenali oleh pemain United sendiri.

Kadang-kala pemain United meminta Boyle mencipta lagu sorakan untuk mereka. Eric Cantona sendiri mendedahkan dalam satu temuramah, yang beliau suka dengan sorakan ‘Eric The King’ ciptaan Boyle.

eric-and-me-BritonsMarch10

Boyle kini dilihat sebagai maskot tidak rasmi United. Beliau adalah koresponden MUTV, penyumbang artikel di majalah peminat United dan konduktor di seksyen J dan K, seksyen paling bising di di Old Trafford.

Tiada formula ketika mencipta lagu sorakan

Sehingga kini, Boyle tidak dapat meneka lagu sorakan mana yang akan popular.

“Kadangkala saya membuat banyak persediaan untuk sebuah lagu, tetapi ia tak popular dan dilupakan. Saya cuba memulakan lagu Ole, Ole (Feeling Hot, Hot, Hot) untuk Solskjaer pada 1999. tetapi penyokong lain tidak menggemarinya.”

“Kemudian saya menyanyi, ‘Who put the ball in the Scousers’ net? Ole Gunnar Solskjaer. Saya tak fikir apa pun semasa mencipta lagu tersebut. Tahu-tahu sahaja lagu tersebut menjadi popular.”

Lagu sorakan Brian Kidd

Bagi Boyle, lagu sorakan untuk Brian Kidd yang bertajuk “Eusebio, I Say Kiddo” (dinyanyikan mengikut melodi lagu Hello Goodbye dari The Beatles) adalah lagu sorakan United yang paling disukainya. Bagi Boyle, lirik lagu tersebut sangat genius.

Lagu tersebut dinyanyikan penyokong United selepas kemenangan pasukan mereka menewaskan Benfica yang dibintangi Eusebio dalam perlawanan akhir European Cup 1968.

Ketika ditanya mengapa lagu sorakan itu tidak dinyanyikan lagi oleh penyokong Manchester United, Boyle menjawab:

“Brian Kidd merosakkan reputasinya di United apabila beliau menjadi staf kejurulatihan di Manchester City.”

“Kami faham ketika beliau berpindah ke Manchester City sebagai pemain. Beliau memerlukan perpindahan itu kerana Arsenal sudah tidak mahukan khidmatnya. Malah kami juga masih mampu bertoleransi apabila beliau bergaduh dengan Sir Alex Ferguson ketika menjadi penolong pengurus pasukan.”

“Kemudian, beliau menjadi jurulatih Leeds pula. Kami masih mampu bertoleransi lagi kerana kami nampak gambar beliau berjoging dengan seluar Manchester United di Leeds. Tetapi bila beliau masuk Manchester City sekali lagi sebagai jurulatih, kami tak boleh memaafkannya.”

MANCHESTER, ENGLAND - MAY 13:  (L-R) Assistant coach Brian Kidd and Roberto Mancini the manager of Manchester City react during the Barclays Premier League match between Manchester City and Queens Park Rangers at the Etihad Stadium on May 13, 2012 in Manchester, England.  (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Bagaimanapun Boyle juga mempunyai lagu sorakan United yang beliau tidak gemari.

Ia adalah lagu sorakan tentang lagenda mereka, George Best, yang diakhiri dengan lirik:

“I’m gonna go on a piss with Georgie Best”

Bait lirik ini merujuk kepada tabiat lagenda Northern Ireland itu yang ketagih arak sehingga menyebabkan kematiannya.

BRITAIN SOCCER GEORGE BEST HEALTH

Bagaimanapun, Boyle tidak kisah menyanyikan lagu sorakan untuk Park Ji Sung yang agak lucu tetapi kedengaran ofensif.

“Park, Park, wherever you may be,
You eat dogs in your home country,
Could be worse, could be Scouse,
Eating rats in your council house.”

Populariti Boyle di luar negara

Populariti Boyle mencanak naik selepas era Internet, terutamanya di negara Eropah yang mempunyai kelompok penyokong United yang besar. Antaranya Norway yang sudah menyiarkan perlawanan bola sepak Inggeris sejak tahun 80-an.

United-Nights-lineup-in-Norway

Boyle kerap diundang untuk memimpin sorakan penyokong United di luar England. Dan biasanya Boyle akan mengajak bekas pemain United untuk turut serta. Antaranya David May, bekas bek kanan United yang diketepikan oleh Gary Neville yang masih muda.

Boyle sangat popular sehinggakan penyokong United di negara-negara Skandivania lebih mengenalinya berbanding bekas pemain United sendiri.

“Saya sedang duduk di pesawat dan beberapa peminat United menghampiri saya dan mengajak saya untuk bersembang. Mereka tak kenal langsung David May dan Brian McClair yang duduk di sebelah saya.”

Manchester is red

Menurut Boyle, beliau tidak bersetuju dengan dakwaan akhbar dan media yang mengatakan Manchester United mempunyai lebih banyak penyokong luar negara berbanding di bandar Manchester sendiri.

“Bagi saya ini cuma cakap-cakap kosong. Bandar Manchester penuh dengan peminat United. Bukan 50-50. Mungkin 60% untuk United dan 40% untuk City. Mungkin juga lebih.”

Baca juga: Louis van Gaal, Apakah Sebenarnya Falsafah Bola Sepak Anda Di Manchester United?

Sumber: The Guardian, SepakBola

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN