Manchester United mengesahkan pemain pertahannya Lisandro Martinez bakal terlepas baki saingan musim ini akibat kecedaraan retak tulang metatarsal pada kakinya.
Pemain antarabangsa Argentina berusia 25 tahun itu diusung keluar ketika United seri 2-2 berdepan Sevilla dalam aksi suku akhir pertama Liga Europa di Old Trafford pada Khamis.
Meskipun penilaian awal menjangkakan beliau hanya akan diketepikan untuk beberapa minggu sahaja, imbasan oleh pasukan perubatan mendapati kecederaannya jauh lebih serius.
Pihak kelab mengesahkan pemenangn Piala Dunia 2022 itu bakal cergas sepenuhnya pada permulaan musim depan.
“Semua di Manchester United mendoakan semoga Lisandro dan Rapha cepat sembuh,” mengikut kenyataan rasmi kelab.
Memburukkan keadaan, seorang lagi pemain pertahanan utama Raphael Varane juga terpaksa diketepikan untuk beberapa perlawanan.
Ini bermaksud United perlu bergantung kepada pasangan Harry Maguire dan Victor Lindelof untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Nottingham Forest.