Martinez Enggan Jawab Soalan Berkaitan Jawatan Pengurus Real Madrid

Roberto Martinez pantas menolak sebarang perbincangan mengenai kemungkinan untuk mengisi kekosongan jawatan pengurus di Real Madrid.

Pengurus skuad antarabangsa Belgium itu adalah antara calon utama dikaitkan dengan Los Blancos untuk menggantikan Julen Lopetegui yang dipecat daripada jawatan tersebut.

(Photo by Tony McArdle/Everton FC via Getty Images)
Tumpuan untuk Belgium

Bagaimanapun Martinez menegaskan tumpuan beliau hanya terarah kepada cabaran Belgium di pertandingan UEFA Nations League menentang Iceland dan Switzerland mulai minggu hadapan.

“Saya tidak mahu berkata sama ada saya atau ejen saya telah berhubung dengan Real Madrid. Itu tidak relevan dan tidak menghormati persiapan Belgium menentang Switzerland dan Iceland. Itu yang kami lakukan sekarang.

(Photo by Vincent Van Doornick/Isosport/MB Media/Getty Images)
Ditekan wartawan

Ketika ditekan oleh wartawan mengenai masa depan beliau, Martinez menjawab: “Saya tidak mahu berbicara apa-apa selain daripada mengenai perlawanan menentang Switzerland dan Iceland.

“Saya sudah bercakap mengenai perkara itu dalam dua bahasa. Adakah saya perlu menjelaskan menggunakan gerak badan, atau menyanyikan lagu?

“Mesej dari saya tetap sama. Tumpuan saya pada hari ini ialah Belgium.

(Photo by Vincent Van Doornick/Isosport/MB Media/Getty Images)
Siapa bakal pengurus Los Blancos?

Martinez sudah pun dikaitkan dengan jawatan di Real Madrid sebelum pemecatan Lopetegui. Seorang lagi pengurus yang turut dikaitkan dengan jawatan di Estadio Santiago Bernabeu itu ialah Antonio Conte.

Spekulasi di Madrid turut mengatakan pengurus interim, Santiago Solari berkemungkinan akan diberikan peranan sebagai pengurus tetap selepas bekas pemain itu memberikan tiga kemenangan tanpa dibolosi setakat ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN