Kelab Ligue 2, Sochaux telah mengesahkan berjaya mendapatkan Johan Martial secara percuma dan mengikat pemain pertahanan berusia 29 tahun itu dengan kontrak selama dua tahun.
Bekas pemain Perancis bawah 19 tahun (B-19) tersebut telah membuat 119 penampilan dalam saingan Ligue 1 dan Ligue 2 dan beliau juga merupakan abang kepada penyerang utama Manchester United, Anthony Martial.
Johan Martial (@FC_Panetolikos) -> @FCSM_officiel (saison 2020-21) pic.twitter.com/u58YNLdQSg
— 🇨🇵🇨🇵🇨🇵 (@blazers_on_fire) September 24, 2020
Pada Mei lalu, Sochaux turut menandatangani Florentin Pogba dengan rundingan kontrak sehingga 2023. Abang kepada bintang tengah United, Paul Pogba itu juga menyertai kelab Perancis bereknaan secara percuma selepas kontraknya bersama kelab MLS, Atalanta United berakhir
Penyertaan dua pemain baharu tersebut di Sochaux menarik perhatian orang ramai memandangkan dua adik mereka juga beraksi dalam satu pasukan di Old Trafford.
Kedua-dua pemain baharu tersebut yang kini berusia 29 tahun akan membentuk gandingan di posisi pertahanan tengah. Sochaux telah memberikan Martial jersi nombor 5 sementara Pogba pula menggunakan nombor 3.
It’s a brotherly affair 👬🏾
— Idah Waringa (@IdahWaringa) September 25, 2020
Anthony Martial’s older brother Johan Martial has signed for Ligue 2 side Sochaux, meaning that he’ll be playing with Paul Pogba’s elder brother Florentin.
The younger pair of Paul and Anthony, of course, play for Man United. pic.twitter.com/C8MOg3K7Vv
Pogba telah beraksi sebanyak 219 perlawanan sepanjang kariernya termasuk ketika mewakili St. Etienne dalam aksi pusingan 32 terakhir Liga Europa (UEL) di mana beliau bertembung dengan adiknya yang bermain untuk Manchester United pada 2017.
Beliau juga memilih untuk mewakili negara kelahirannya, Guinea di peringkat antarabangsa sementara adiknya pula telah menjuarai Piala Dunia pada 2018 bersama Perancis.
Kredit Foto: FCSM Official
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah: