Pemain terbaik wanita dunia sebanyak enam kali, Marta mencipta rekod baharu di Piala Dunia Wanita apabila menjaringkan gol ke-17 peribadi di pusingan akhir Piala Dunia.
Gol tunggal oleh Martha memberikan kemenangan 1-0 ke atas Itali, dan juga menjamin slot Brazil ke pusingan 16 pasukan terbaik Piala Dunia Wanita 2019 yang sedang berlangsing di Perancis.
No one’s scored more World Cup goals than Marta ? pic.twitter.com/JP4GUerP8Z
— B/R Football (@brfootball) June 19, 2019
Jaringan penyerang berusia 33 tahun itu melaui sepakan penalti di babak kedua perlawanan menjadikan beliau sebagai penjaring terbanyak di Piala Dunia. Jumlah jaringan oleh Marta turut memintas rekod jaringan Piala Dunia lelaki yang dipegang oleh Miroslav Klose dari Jerman.
Itali yang sememangnya sudah layak terlebih dahulu ke pusingan kalah mati dari Kumpulan C terlebih dahulu memberikan ancaman melalui penyerang Juventus, Barbara Bonansea di babak pertama perlawanan.
Di atas kertas, Brazil merupakan pasukan yang lebih berpengalaman – turut menyaksikan sepakan percuma babak kedua Andressinha sekadar mengegarkan palang. Jaringan Marta bagaimanapun gagal melonjakkan Brazil ke tangga kedua selepas Australia menewaskan Jamaica 4-1.
Kini Brazil berkemungkinan akan berhadapan tuan rumah Perancis di pusingan seterusnya di Le Havre pada Ahad, melainkan berlaku kejutan pada keputusan perlawanan lain, maka Jerman akan menjadi lawan Brazil di pusingan seterusnya.
Legends of the game ⚽
Congrats, #Marta! ??? pic.twitter.com/mJTnvMf9bS
— Germany (@DFB_Team_EN) June 18, 2019
“Saya rasa sangat gembira, sudah tentu, bukan hanya memecahkan rekod tetapi juga kerana mewakili wanita ketika melakukannya,” katanya.
“Dan kerana ia boleh membantu pasukan saya, itu yang paling penting, layak ke peringkat seterusnya dalam kejohanan ini.” ujar Marta mengulas jaringan tersebut.
Karier Marta bersama Brazil bermula pada 2002, dan kini beliau telah tampil dalam 146 perlawanan dan menjaringkan 112 gol keseluruhan untuk negaranya.