PSV Eindhoven Buru Khidmat Arjen Robben

Arjen Robben dilaporkan menjadi sasaran PSV Eindhoven, dan menurut Mark van Bommel pemain sayap itu telah pun dihubungi oleh kelab Eredivisie tersebut.

Robben meninggalkan Bayern Munich pada penghujung musim 2018/19, selepas 10 tahun bersama kelab Bavaria itu.

Pemain berusia 35 tahun itu kini adalah sorang ejen bebas, dan Van Bommel  – yang membimbing PSV mendudukui tempat ke-2 Eredivisie musim lalu – tidak menyembunyikan niat untuk melihat Robben kembali ke kelab yang beliau pernah sertai antara tahun 2002 sehingga 2004.

Pilihan dengan Robben

Walaupun pemain itu kini tidak terikat dengan mana-mana kelab, Van Bommel sedar ia bukan perkara mudah untuk mendapatkan khidmat bekas pemain antarabangsa Belanda itu.

“Sudah beberapa panggilan dilakukan [kepada Robben],” ujar Van Bommel kepada Voetbalzone.

“Ia sangat mudah. Ia terpulang kepada beliau untuk membuat keputusan.

“Robben tahu kami mahukan beliau di sini, dan sekarang kami perlu memberikan masa dan ruang untuk beliau membuat keputusan.

“Saya tidak akan memberikan sebarang tekanan untuk memaksa beliau melakukan keputusan, Ia penting keputusan itu datang sendiri daripada dirinya.

“Robben boleh sahaja bersara, atau terus memilih untuk bermain. Beliau boleh menyertai kami, atau pergi sahaja memilih mana-mana destinasi lain. Beliau telah menerima banyak tawaran.

Aktiviti PSV

Sekiranya Robben menerima tawaran PSV, maka beliau dilihat sebagai pengganti kepada Hirving Lozano yang dilihat bakal meninggalkan mereka selepas pemain antarabangsa Mexico dikaitkan dengan perpindahan ke Napoli dan Paris Saint-Germain.

Seorang lagi pemain yang berkemungkinan meninggalkan PSV pada musim panas ini ialah Angelino, yang dikhabarkan ingin kembali menyertai bekas kelab, Manchester City setelah Pep Guardiola dikatakan mencari seorang bek kiri.

Bagaimanapun Van Bommel bekata PSV tidak akan melepaskan Angelino dengan mudah kepada City.

“Ada kemungkinan beliau akan meninggalkan PSV. Kami memilih untuk tidak melepaskan sesiapa [pemain], tetapi tidak banyak perkara anda boleh lakukan dengan sesetengah pemain. Perkara terbaik ialah apabila anda boleh mengekalkan mereka,” ujar Van Bommel.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN