Marselino Ferdinan Bangga Cipta Sejarah Baharu Buat Indonesia

Pemain tengah berpengaruh Indonesia bawah 23 (B-23), Marselino Ferdinan mengakui beliau sangat bangga melihat prestasi serta sejarah telah dilakar Sang Garuda ketika ini dalam saingan Piala Asia B-23 di Qatar.

Ferdinan menjadi antara bintang muda yang begitu mencuri tumpuan kini untuk skuad B-23 Indonesia selepas kejayaan beliau memimpin rakan sepasukan lain mara ke pentas suku akhir buat kali pertama dalam sejarah mereka.

Apatah lagi, beliau turut meledak dua gol ketika aksi terakhir peringkat kumpulan semalam, ketika Indonesia mudah aibkan Jordan menerusi keputusan penuh 4-1 di Stadium Abdullah Bin Khalifa, Qatar.

Malah, Ferdinan juga merupakan pemain yang sudah pun beraksi untuk pasukan senior Indonesia sebelum itu di pentas Piala Asia 2023 selain lapan lagi bintang muda lain.

Bersama skuad senior, Ferdinan juga tidak melepaskan peluang untuk meledak satu gol selain dua jaringan terhasil kini bersama skuad B-23 Indonesia serta mempamerkan aksi cukup berkualiti.

Tampil memberi pandangan kepada media, Ferdinan mengakui kem kebangsaan Indonesia kini sangat gembira dan meraikan sejarah baharu dilakar skuad kendalian Shin Tae-yong itu di pentas Asia.

“Ya, tentu sahaja saya sangat gembira kini dengan pencapaian tersebut. Kami berjaya mencipta sejarah baharu dan ini kali pertama Indonesia B-23 mampu mara ke pusingan suku akhir dalam saingan Piala Asia.

“Pada saya, ia merupakan pencapaian yang cukup hebat buat bola sepak Indonesia kini dalam saingan antarabangsa.

“Semoga pada masa hadapan, segalanya bakal menjadi lebih baik buat Sang Garuda dan terus mencipta sejarah baharu yang membanggakan para penyokong,” ulas Ferdinan menerusi laporan Bola.com.

Pada masa sama, Ferdinan mengakui perlawanan semalam merupakan sesuatu yang sukar untuk dihadapi Indonesia walaupun mereka memperoleh jumlah jaringan besar mengatasi Jordan.

“Pada pandangan saya, ia merupakan suatu perlawanan yang cukup sukar untuk dihadapi tetapi kami juga berjaya menunjukkan corak permainan lebih bagus. Apapun, saya bangga dengan Indonesia,” kata Ferdinan lagi.

Bagi aksi seterusnya, Korea Selatan atau Jepun dilihat bakal menjadi lawan mereka di pentas suku akhir Piala Asia B-23 dalam misi pasukan itu untuk terus mengharumkan nama Indonesia.

Walaupun bermula dengan langkah kiri apabila merekodkan kekalahan di tangan Qatar, kini Sang Garuda jelas semakin melebarkan sayap mereka untuk mara lebih jauh di pentas Piala Asia B-23.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN