Marseille Tambah Derita PSG, Lima Pemain Termasuk Neymar Dilayang Kad Merah

PSG Marseille

Reputasi Paris Saint-Germain (PSG) selaku gergasi bola sepak Perancis tercalar teruk selepas tewas 1-0 di tempat sendiri kepada Marseille yang juga kekalahan kedua-berturut-turut sejak saingan Ligue 1 bermula.

Dalam aksi ‘panas’ yang berlangsung di Parc des Princes itu, pemain sayap Perancis, Florian Thauvin menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-31 dan lima pemain termasuk tonggak utama PSG Neymar dibuang padang disebabkan insiden yang berlaku pada penghujung perlawanan.

Pemain lain yang terlibat adalah dua pemain PSG, Layvin Kurzam dan Leondro Paredes serta dua Marseille iaitu Dario Benedetto dan Jordan Amavi setelah berlaku aksi tumbuk-menumbuk dan tendang-menendang antara mereka.

Bagaimanapun pengurus Marseille, Andre Villas Boas yang berpuas hati dapat menewaskan juara bertahan tersebut yang juga kemenangan pertama Les Phocaeans ke atas PSG sejak November 20111.

“Ianya kemenangan yang sangat penting walaupun sukar, tetapi ianya sangat bersejarah,” ujar Villas Boas dalam sidang media selepas perlawanan.

“Kami agak bergelut untuk mengatasi tekanan awal PSG kerana mereka ternyata terlalu bagus, tetapi kami berjaya memanfaatkan peluang dan seterusnya meraih kemenangan dalam perlawanan ini. Kejadian seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan kami memang terkesan dengannya.

Skuad bimbingan Thomas Tuchel ternyata terkesan dengan kehilangan beberapa tonggak utama disebabkan menjalani kuarantin kendiri selepas disahkan positif COVID-19.

Pengarah Sukan PSG, Leonardo secara terbuka mengkritik tindakan pengadil yang dianggap gagal mengawal perlawanan dengan baik.

“Secara keseluruhannya, 14 kad telah dikeluarkan pada malam ini dan lima daripadanya adalah kad merah. Ia bermakna dia gagal mengawal perlawanan ini. Dia dah hilang akal, saya rasa dia tak ada pengalaman berdepan dengan keadaan seperti ini.”

Dalam pada itu, Neymar yang dilayangkan kad merah hanya selepas semakan menerusi VAR dalam ciapannya di Twitter mengatakan satu-satunya penyesalan beliau adalah tidak memukul pertahanan Marseille Alvaro Gonzales di bahagian muka.

Ketika meninggalkan padang, kedengaran suara penyerang Brazil mengadu kepada pegawai perlawanan di tepi padang yang beliau telah diherdik secara perkauman ketika di atas padang.

Saksikan video kejadian tersebut di sini:

https://streamable.com/4osp8y

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN