Marseille Mungkin Akan Disingkirkan Daripada UEFA

Gara-gara kerana keganasan penyokongnya, kelab gergasi Perancis, Olympique Marseille diberi amaran yang mereka mungkin akan disingkirkan daripada pertandingan di pentas Eropah sekiranya penyokong mereka terus membuat kacau.

Selepas beberapa insiden dalam perlawanan Liga Europa musim lalu menentang RB Leipzig, Salzburg dan final bertemu Atletico Madrid, badan induk bola sepak Eropah UEFA memberikan tempoh percubaan untuk dua tahun kepada kelab berkenaan.

Jika insiden sama berulang, “Marseille (akan dipinggirkan) daripada menyertai pertandingan kelab UEFA berikutnya yang layak mereka sertai.

“Marseille dihukum di atas rusuhan penonton, kerosakan, menyalakan bunga api dan melontar objek ketika kempen Eropah musim lalu”, kata UEFA dalam satu kenyataan.

Kelab itu, yang turut didenda 100,000 euro (RM474,754), akan bersaing dalam Liga Europa musim depan.

Bagaimanapun, salah satu perlawanan di laman sendiri di Stade Velodrome, akan berlangsung secara tertutup manakala baki perlawanan di venue sama akan menyaksikan bahagian utara dan selatan stadium ditutup.

“Kita semua sedar UEFA cukup tegas. Tetapi kami memerlukan penyokong kami, jika kami tidak ada penyokong pada perlawanan pertama Liga Europa, ia permulaan yang negatif,” kata pengendali Marseille, Rudi Garcia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN