Ketika ditanya, sama ada mereka akan membeli Diego Costa, Presiden Marseille, Jacques-Henri Eyraud memberitahu yang tidak ada yang mustahil.
Degan jendela perpindahan pemain berbaki 9 hari sahaja lagi, penyerang Sepanyol, Diego Costa masih lagi memberontak dan enggan kembali ke Chelsea. Beliau juga meminta Chelsea menjual beliau ke Atletico Madrid.
Presiden Marseille, Eyraud mengakui beliau menggemari karakter lasak Deigo Costa di dalam padang.
“Saya suka dengan karakter beliau. Sedikit lasak dan kuat. Dia akan menjadi pemain yang hebat di OM (Olympique Marseille).”
“Dia berhadapan dengan situasi yang sulit dalam isu kontarak beliau. Jika beliau setuju dengan tawaran kami, dan harga beliau kami mampu bayar, kenapa tidak?”
“Tiada apa yang mustahil.”
Musim lalu, Diego Costa mendapat kembali prestasi terbaik beliau dengan menjaringkan 20 gol untuk membantu Chelsea menjuarai EPL.
Olympique Marseille masih ada banyak duit untuk dibelanjakan selepas pemilik barhu kelab mereka berjanji untuk memberikan dana sekitar €200 juta kepada pengurus mereka untuk jendela perpindahan kali ini.
Marseille aktif dalam pasaran perpindahan dengan membawa masuk beberapa bintang seperti Steve Madanda, Luis Gustavo, Adil Rami, German Re dan ramai lagi.
Kemasukan Diego Costa pastinya akan menjadikan Marseille calon pencabar kejuraan Ligue 1 musim ini.