Marlon Alex James Pakai Jersi Harimau Malaya

Marlon Alex James

Kelibat Marlon Alex James di atas padang sudah pasti tidak akan dilupakan peminat bola sepak tanah air terutamanya penyokong setia bola sepak Kedah. Dengan tubuh yang tegap serta memiliki penyudah cukup berbisa membuatkan Marlon sentiasa menjadi ancaman pasukan lawan setiap kali beraksi.

Selepas kali terakhir berada di Malaysia ketika menyarung jersi ATM pada 2014, bekas penyerang kelahiran Saint Vincent & Grenadines itu seolah-olah mengimbau kembali nostalgia selepas hantaran seorang peminat di laman Twitter, @Sharizamy93 menyaksikan Marlon memakai jersi skuad Harimau Malaya.

Jersi keramat skuad kebangsaan itu dipakai Marlon Alex James ketika beliau sedang mengadakan aktiviti khidmat kemasyarakatan di Union Island, salah sebuah pulau yang terdapat di Saint Vincent & Grenadines.

Malaysia ternyata begitu dekat di hati Marlon kerana beliau sudah mula beraksi di Liga Malaysia pada tahun 2004 dengan menyarung jersi MK Land selama dua musim.

Karier gemilang Marlon menjelma sewaktu memperkuatkan Kedah sekaligus meraih kejayaan ‘double treble’ pada musim 2006-07 dan 2007-08. Namun jodohnya bersama Kedah tidak bertahan lama selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada ketika itu melarang penggunaan pemain import bermula tahun 2008 dan beliau memilih haluan ke Kanada untuk merasai pengalaman baru.

Musim 2012 menyaksikan beliau kembali ke Malaysia bagi beraksi untuk ATM tetapi selepas dua musim, Marlon terpaksa diketepikan ekoran kecederaan panjang yang membelenggunya.

Antara pencapaian peribadi yang dinikmati Marlon adalah berjaya meraih gelaran Penjaring Terbanyak Liga Super 2008 (23 jaringan) dan turut dipilih sebagai Pemain Import Paling Bernilai dalam Anugerah Bola Sepak FAM-100 Plus buat dua tahun berturut-turut iaitu pada 2006-07 dan 2007-08. Kesemua pencapaian ini diterima ketika mengganggotai skuad Kedah.

Manakala ketika bersama ATM, Marlon berjaya menjadi Penjaring Terbanyak Liga Super 2013 apabila berjaya menyumbangkan 16 gol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN