Penyerang, Marko Arnautovic menjaringkan dua gol untuk membantu West Ham terikat dengan keputusan 3-3 menentang Bournemouth pada perlawanan ‘Boxing Day’.
Penyerang baharu West Ham itu mungkin telah membantu kelabnya, tetapi setelah hampir lima bulan bersama, kelabnya itu masih gagal untuk memastikan ejaan sebenar namanya.
Kesalahan ejaan itu jelas terlihat di jersi Arnautovic ketika perlawanan sedang berlangsung. Ejaan di jersi adalah ‘Arnoutovic’ yang sepatutnya dieja sebagai Arnautovic.
Mungkin memikirkan ianya bukanlah isu besar, penyerang yang berasal dari Austria itu meneruskan sentuhan baiknya apabila menjaringkan gol kelima dalam enam perlawanannya.
Tough day for West Ham. They concede a controversial late equaliser, and the kitman makes a typo: pic.twitter.com/DoovcK5gvp
— Kristan Heneage (@KHeneage) December 26, 2017
Mirror melaporkan seorang pemilik Twitter dilihat menulis, “Sepertinya, West Ham telah menurunkan bintang yang baru ditandatangi hari ini. Dia menggunakan nombor yang telah ditinggalkan oleh Marko Arnautovic.”
Kesilapan seperti ini memang kerap berlaku di mana-mana kelab atau sukan sekalipun. Semuanya BOLA bawakan sebahagian mangsa-mangsa kesilapan ejaan nama pemain yang pernah berlaku di Liga Perdana Inggeris (EPL).
David Beckham
Dalam perlawanan Piala Sumbangsih musim 1997, pertama kali memakai jersi nombor 7 untuk Manchester United selepas persaraan Eric Cantona, David Beckham masuk ke padang dengan memakai jersi tertera nama ‘Beckam’.
David Bentley
Jika Beckham kehilangan satu huruf, kesilapan ejaan yang berlaku kepada David Bentley adalah tertukar kedudukan antara huruf N dan T pada namanya.
Ole Gunnar Solskjaer
Sebagaimana Bentley, The Baby-faced Assassin juga pernah mengalami situasi yang sama pada tahun 2002 iaitu tertukar dua huruf iaitu huruf K dan S.
Tomasz Kuszczak
Dalam aksi Piala Carling musim 2006, penjaga gol Manchester United, Tomasz Kuszczak didapati mengenakan jersi yang tertera nama ‘Zuszczak’.
Roque Santa Cruz
Penyerang Blackburn Rovers, Roque Santa Cruz juga pernah menerima nasib yang sama pada musim 2009. Jersinya tertulis ejaan ‘Satna’ Cruz yang sepatutnya dieja Santa Cruz.
Javier Mascherano
Pemain Liverpool ini juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa kesilapan ejaan nama. Tertera di jersi nama ‘Mascerano’ yang kehilangan huruf H.
Steven Gerrard
Menyertai LA Galaxy sebagai bintang ternama belum mampu untuk menghalang dari kesilapan berlaku apabila beliau mengenakan jersi yang tertera kesilapan ejaan pada nama mungkin sedikit mengecewakan.
Close enough. #Rad https://t.co/neiX8Ouuq6 #SJvLA pic.twitter.com/3gZ2vIbZ1W
— LA Galaxy (@LAGalaxy) June 26, 2016
Anderson
Pada musim 2012, pemain Manchester United, Anderson juga mengalami nasib yang sama. Sehingga Daily Mail mengeluarkan ‘berita’ troll berkaitan kejadian ini.
Chancel Mbemba
Ya, namanya mungkin agak sukar untuk disebut, namun ianya bukanlah kebenaran untuk anda tersilap mengeja namanya di jersi seperti mana yang dibuat oleh Newcastle ini.
Siapa lagi pemain yang anda ingat telah mengenakan jersi yang terdapat kesilapan ejaan namanya. Anda boleh kongsikan bersama kami senarai anda juga.