Bekas Pemain Skuad Piala Dunia Korea Selatan Sertai Negeri Sembilan

Bekas pemain utama skuad Piala Dunia 2006 Korea Selatan, Kim Do-Heon dikhabarkan akan menyertai pendatang baharu Liga Super 2018, Negeri Sembilan untuk mengisi kuota pemain import dari Asia.

Beliau adalah pemain tengah utama Korea untuk skuad Olimpik U23 dan juga Piala Dunia 2006 ketika dibawah bimbingan Dick Advocaat.

Kim juga mempunyai 16 penampilan bersama kelab liga Perdana Inggeris, West Bromwich Albion dan digelar Paul Scholes Asia kerana ketenangan dan hantaran beliau yang tepat pada tahun 2008.

Pengalaman luas yang dimiliki oleh pemain yang berusia 35 tahun ini menjadi taruhan skuad Hobin Jang Hobin untuk mengetuai jentera tengah pasukan dari Selatan itu.

Selepas tamat kontrak dengan kelab dari Liga Utama Korea, Seongnam FC, beliau mendedahkan telah mendapat tawaran untuk menyertai kelab dari Amerika dan Thailand tetapi memilih Malaysia sebagai destinasi yang seterusnya.

“Saya sudah menandatangani kontrak untuk menyertai Negeri Sembilan. Ianya terletak kira-kira 40 minit dari Kuala Lumpur. Pasukan ini baru dinaikkan ke liga divisyen utama Malaysia (Liga Super). Saya mahu berkongsi pengalaman dengan pasukan ini.

“Saya sudah bercakap dengan beberapa kenalan yang pernah bermain di sana. Mereka berkata mereka sangat selesa bermain di asia tenggara dan di sana mempunyai ramai penyokong. Taraf hidup di sana tidak la begitu tinggi jika dibandingkan dengan Amerika.

“Thailand mempunyai suasana bola sepak yang bagus tetapi ada sedikit masalah dari segi bahasa. Mereka kurang bertutur dalam bahasa Inggeris.

“Oleh itu saya memilih Malaysia sebagai destinasi untuk mengembangkan kerjaya sebagai pemain bola sepak di Asia Tenggara,” katanya kepada media Korea Selatan.

Kim Do Heon ketika beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris bersama West Bromwich Albion.

Kim yang mempunyai 62 caps dengan skuad kebangsaan Korea Selatan pernah membantu negaranya meraih tempat ketiga dalam Kejohanan Piala Asia 2007 dimana Malaysia turut menjadi tuan rumah bersama Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Walaupun beliau kini dilabel sebagai pemain veteran, beliau tidak terfikir untuk bersara kerana masih mampu bermain dalam tempoh 2 tahun lagi.

“Saya fikir saya masih mampu bermain sekurang-kurangnya 2 tahun. Rakan sepasukan saya sendiri mengalakkan saya bermain dalam tempoh 3 tahun lagi.

“Banyak kelab di Korea menghubungi untuk mendapatkan khidmat saya tetapi saya mahu ke luar negara sebelum bersara.

“Tidak ada masalah untuk memilih Asia Tenggara. Pasaran di sana mungkin agak kecil tetapi terdapat 2-3 liga utama di sana yang sudah menunjukkan kualiti dan peningkatan yang amat ketara. Lagipun, Thailand dan Malaysia kini mempunyai satu slot beraksi dalam saingan  AFC Champions League,” jelasnya.

Selain Kim Do Heon, Negeri Sembilan turut menandatangani bekas pemain Suphanburi FC, Nicolas Velez dan pemain skuad kebangsaan Singapore, Madhu Mohana.

Difahamkan seorang lagi pemain import yang beraksi dalam saingan Liga Indonesia musim ini, Flavio Beck Junior akan menyertai Negeri Sembilan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN