Pemilik Facebook, Mark Zuckerberg dikatakan berminat untuk mengambil alih kelab di Premier League.
Kelab yang dimaksudkan adalah Tottenham Hotspur.
Iconiq Capital yang merupakan syarikat yang diwakili Zuckerberg dikatakan berminat untuk mengambil alih kelab tersebut selepas melihat durian runtuh yang dimiliki oleh kelab-kelab Premier League dek perjanjian TV bersama-sama stesen televisyen di sana.
Menurut laporan, cubaan mengambil alih kelab ini telah pun dilakukan sejak 2014 dan bidaan sebanyak £882.6 juta telah dilakukan.
Namun begitu bidaan tersebut ditolak oleh pemilik kelab Tottenham Hotspur iaitu Joe Lewis.
Lewis dikatakan mahu bidaan sebanyak £2 bilion oleh pihak Zuckerberg untuk proses perbincangan selanjutnya diadakan.
Menafikan
Namun begitu pihak Tottenham Hotspur telah memberikan kenyataan yang mereka tidak berada dalam proses pengambil alihan kelab oleh Zuckerberg.
“Kami bergantung kepada Rothschild untuk mendapatkan bantuan membina stadium baharu.”
“Tetapi seperti yang dijangka, banyak cadangan berkaitan pinjaman bank dan juga pelaburan ekuiti hadir.”
“Pihak kelab yakin penyelesaian optimum adalah meneruskan pembangunan kelab yang menjadi keutamaan peminat, staf kelab dan juga pemegang saham di Tottenham Hotspur.”
“Oleh itu, pihak kelab boleh sahkan yang kami tidak berada dalam proses pengambil alihan kelab.”
Sumber:
- ESPN (2017): Tottenham deny takeover talks amid Mark Zuckerberg-related claims; http://www.espnfc.com/tottenham-hotspur/story/3155291/tottenham-deny-takeover-talks-amid-mark-zuckerberg-related-claims
- The Sun (2017): Facebook owner Mark Zuckerberg ‘considers £1BN Tottenham bid’ with US firm Iconiq Capital; https://www.thesun.co.uk/sport/football/3980007/mark-zuckerberg-consider-1bn-bid-tottenham/