Mark Hartmann Cemerlang Bantu Sarawak Tewaskan PKNS FC Di Shah Alam

Perlawanan PKNS menentang Sarawak berlangsung pada petang di Stadium Shah Alam.

Pasukan pelawat melakukan ancaman awal namun cubaan Roskam pada minit ke-4 tidak cukup untuk menewaskan Zamir Selamat.

Pemain yang sedang dalam prestasi terbaik, Espindola melakukan cubaan liar pada minit ke-15.

Pelawat di hadapan menerusi seorang lagi pemain yang sedang dalam prestasi terbaik iaitu Mateo Roskam.

Mateo Roskam meletakkan Sarawak di hadapan pada minit ke-18 selepas cubaan Hartmann gagal ditepis dengan kemas oleh Zamir Selamat.

Tidak lama selepas itu, Zamir Selamat terpaksa dikeluarkan kerana tidak dapat meneruskan perlawanan. Beliau digantikan Nor Haziq.

PKNS bergelut untuk melakukan ancaman ke kubu Sarawak sepanjang separuh masa pertama. Perlawanan berakhir 0-1 menuju ke bilik persalinan.

Bersambung pada separuh masa kedua, Espindola menyamakan kedudukan pada minit ke-55 menerusi cubaan dari luar kotak penalti.

Namun 5 minit kemudian, penyerang sensasi Filipina, Mark Hartmann menemui sentuhan gol selepas usaha daripada Tommy Mawat. Hartmann menjaringkan gol ke-2 Sarawak.

Photo by Ahmad Ridhuan | asiana.my

3 minit selepas gol Mark Hartmann, pemain gantian Hafiz Abu Bakar memberikan pelawat kelebihan 2 gol di hadapan. Hafiz Abu Bakar hanya berada di padang kurang 2 minit untuk melakukan jaringan ini.

PKNS FC mulai terdesak untuk mengejar 2 gol itu. Sarawak cuba bertahan. Namun, jaringan ke-2 PKNS tiba lewat iaitu pada masa kecederaan menerusi Khairul Ramadhan.

Sarawak berjaya membawa pulang 3 mata berharga. Ini adalah kemenangan ke-2 Sarawak musim ini dan ia juga dilakukan di tempat lawan.

Kesan keputusan perlawanan

PKNS sudah 3 kali tewas musim ini setakat ini. Sarawak pula melebarkan rekod hanya 1 clean sheet dalam 20 perlawanan terakhir di dalam semua pertandingan.

Ia rekod yang harus dianalisis dan diperbaiki. Kali terakhir mereka clean sheet adalah menentang JDT pada Julai 2016 dalam saingan Piala Malaysia.

Ini adalah keputusan 3 perlawanan tanpa kemenangan oleh PKNS musim ini. Ia juga kekalahan ke-2 mereka di tempat sendiri.

Apa seterusnya?

PKNS akan berkunjung ke Darul Makmur untuk menentang pasukan Pahang. Manakala Sarawak akan berhadapan dengan juara bertahan JDT.

Baca juga:
TMJ Gigih Berlatih Untuk Buru Slot Dalam Skuad JDT?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN