Mario Gomez Jadi Jurulatih Kebangsaan, Ong Kim Swee Ganti Bernhardt

Presiden baru FAM, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah mengumumkan bahawa Mario Gomez adalah jurulatih baru skuad kebangsaan.

Ianya adalah antara langkah awal dalam kerja beliau kali ini. Pengumuman itu dibuat oleh baginda dalam sidang media selepas mesyuarat dengan exco FAM.

Beberapa hari lalu kami menyenaraikan 10 kemungkinan yang akan berlaku dalam skuad kebangsaan. Salah satu daripadanya adalah Mario Gomez akan menjadi jurulatih skuad Harimau Malaysia.

Anda boleh baca di sini.

Berita ini mendapat perhatian peminat bola sepak tempatan. Ramai yang merasakan perlantikan ini adalah langkah yang drastik dan baik untuk skuad kebangsaan.

Datuk Ong Kim Swee pula akan kembali menggalas tugas dengan pasukan belia B-22. Ong Kim Swee memiliki reputasi yang baik dengan skuad belia sebelum ini.

Mario Gomez adalah bekas pengendali JDT. Beliau dilepaskan oleh JDT atas sebab teknikal dan persetujuan bersama.

Mario Gomez terkenal dengan formasi 4-4-1-1 dengan mementingkan aspek kreativiti serta pertahanan di dalam bola sepak.

Mario Gomez berjaya membawa JDT menjuarai Piala AFC pada 2015. Beliau juga menjadikan JDT sebagai kuasa dominan di Malaysia dan pasukan tumpuan di peringkat Piala AFC.

Jadi, fokus Mario Gomez dan skuad kebangsaan sudah pastinya kepada kelayakan Piala Asia 2019.

Sama-sama kita tunggu penyerahan tugas secara rasmi di antara Datuk Ong Kim Swee dan Mario Gomez.

Tentang nasib Frank Bernhardt, kita sama-sama menunggu keputusan FAM!

Baca juga: TMJ Diisytihar Presiden FAM Baharu, Subahan & Yusoff Mahadi Jadi Timbalan Presiden

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN