Video: Shane Long Memeluk Dan Menenangkan Coleman Yang Kesakitan Patah Kaki

Kami tidak sanggup berkongsi video Coleman tang diterjah sehingga patah kaki.

Kami cuma mampu berkongsi video ini. Aksi Shane Long yang menenangkan Seamus Coleman ketika pemain lain sedang mengerumuni pengadil.

Ini untuk yang tidak dapat buka twitter video.

Long melihat rakannya sedang mengerang dan menahan kesakitan. Coleman memang pemain yang paling disayangi di kem Ireland.

Long juga berpendapat, terjahan itu memang agak melampau, namun beliau tidak merasakan Neil Taylor sengaja untuk mematahkan kaki Coleman.

Semangat berpasukan sebegini memang sesuatu yang indah dalam bola sepak. Anda pasti pernah merasa, ketika anda tercedera, rakan anda menenangkan anda dengan cara tersendiri.

Semoga cepat sembuh Coleman.

Baca juga: Seamus Coleman Patah Kaki Dalam Perlawanan Kelayakan Piala Dunia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN