Mario Gomez Dilantik Sebagai Jurulatih Baharu Persib Bandung

Laman facebook kelab liga 1 Indonesia, Persib Bandung mengumumkan perlantikan Mario Gomez sebagai ketua jurulatih baharu secara rasmi.

Jurulatih yang pernah membawa pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai Piala AFC ini telah menyatakan persetujuan untuk mengemudi kelab itu bagi menghadapi saingan Liga Indonesia musim depan.

Difahamkan Gomez telah mencapai persetujuan untuk menandatangani kontrak selama 2 tahun dan ditugaskan untuk membawa pasukan Persib Bandung mencapai pelbagai kejayaan dalam saingan liga domestik dan antarabangsa.

“Pemenang anugerah jurulatih terbaik liga Malaysia ini sudah memantau perkembangan pemain Persib dan akan mula mencari pemain baru untuk memperkuatkan pasukan persib mulai bulan depan.,” kata kenyataan rasmi dalam laman web Persib Bandung.

Mario Gomez ketika ini sedang menguruskan persiapan untuk datang ke Indonesia.

Jurulatih yang berusia 60 tahun ini akan tiba di Bandung untuk diperkenalkan kepada penyokong pada awal bulan disember depan.

Mario Gomez / JDT – Kredit gambar : asiana.my

Sebelum ini, Gomez yang pernah melatih pasukan JDT menjuarai Liga Super pada tahun 2015 sedang menanti tawaran daripada mana-mana pasukan Liga Malaysia dan tidak menolak akan melatih Kedah andai diberikan peluang oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Bagaimanapun selain Gomez, bekas pengendali Kedah musim 2015, Ramon Marcote turut berada dalam senarai KFA bagi melatih pasukan juara Piala FA itu.

Minggu lalu laporan akhbar tempatan Berita Harian melaporkan, Pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), sudah menghubungi pengendali kelahiran Argentina itu untuk menyatakan tawaran. Gomez dikatakan mengesahkan perkembangan itu dan beliau dikatakan sudah menyatakan persetujuan kepada KFA.

Namun begitu, Kedah membatalkan hasrat mereka untuk membawa Mario Gomez sebaliknya mereka memilih untuk menjadikan Ramon Marcote sebagai jurulatih baharu untuk saingan liga super musim depan.

Selain itu, Gomez turut menjadi calon pilihan jurulatih Harimau Malaya bagaimanapun disebabkan sedikit masalah berhubung dengan kontrak maka, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memilih jurulatih dari Portugal Nelo Vingada bagi mengalas tugas itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN