Gianluigi Buffon Dinobatkan Pemain Terbaik Serie A

Penjaga gol Juventus dan Itali Gianluigi Buffon, kini dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Serie A dalam satu majlis penganugerahan yang dikenali sebagai Gran Gala del Calcio.

Penjaga gol berstatus legenda di peringkat kelab dan negara itu dipilih sebagai Pemain Terbaik Serie A untuk prestasi sepanjang musim 2016-2017, dalam satu majlis penuh gemilang di Milan dan dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak Itali.

(Photo credit should read MIGUEL MEDINA/AFP/Getty Images)

Ia juga malam gemilang buat Massimiliano Allegri kerana dominasi pemain kendaliannya di Juventus dalam majlis anugerah Serie A tersebut.

7 pemain daripada Juventus yang berjaya menjuarai kejuaraan Serie A berada di dalam senarai Pasukan Tahunan Serie A 2016-2017.

Selain daripada Buffon, pemain-pemain lain yang turut tersenarai ialah Dani Alves, Leonardo Bonucci, Alex Sandro, Miralem Pjanic, Gonzalo Higuain dan juga Paulo Dybala.

4 lagi pemain yang melengkapkan kesebelasan pemain pilihan tersebut ialah Kalidou Koulibaly, Radja Nainggolan, Marek Hamsik dan juga penyerang Napoli, Dries Mertens.

(Photo credit should read MIGUEL MEDINA/AFP/Getty Images)

Juventus juga dinobatkan sebagai kelab bola sepak terbaik Serie A buat kali ke-6 berturut. Kelab Turin tersebut masih segar dari kemenangan 3-0 ke atas Crotone dalam perlawanan yang diadakan pada Isnin.

Juventus pada masa ini menduduki tangga ke-3 Serie A selepas mengharungi 14 perlawanan dengan mengumpul 34 mata, hasil 11 kemenangan dan 1 seri.

Kelab Turin itu berada 4 mata di belakang pendahulu Napoli yang mempunyai kelebihan 4 mata di atas Juventus, dan 2 mata di atas Inter Milan.

(Photo credit should read MIGUEL MEDINA/AFP/Getty Images)

Juventus dan Napoli akan melakukan perhitungan pada awal pagi 2 Disember (3:45 waktu Malaysia), dalam perlawanan yang akan diadakan di Stadium San Paolo.

Buffon dan Juventus pasti akan hadir di tempat lawan dengan misi untuk merapatkan kedudukan.

Manakala Napoli yang berada di bawah bimbingan Maurizio Sarri pasti akan terus mempertaruhkan rangkaian penyerang Lorenzo Insigne, Dries Mertens dan juga Jose maria Callejon untuk mengekalkan momentum mereka pada musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN