Mario Balotelli Kecewa, Selalu Jadi Mangsa Serangan Perkauman Di Stadium

Mario Balotelli kecewa apabila beliau sering dijadikan mangsa serangan perkauman di stadium-stadium di Perancis.

Terbaru, beliau menjadi mangsa serangan perkauman oleh para penyokong Bastia dalam aksi Ligue 1 antara Bastia dan Nice.

Bunyi monyet

Mario Balotelli kecewa kerana sering dijadikan sasaran sorakan-sorakan berbaur perkauman ketika beraksi untuk Nice.

Terbaru ketika perlawanan menentang Bastia, beliau menerima satu sorakan dari penyokong Bastia yang berbunyi seperti seekor monyet.

Bunyi tersebut disuarakan oleh penyokong Bastia semasa sesi memanaskan badan sebelum perlawanan berlangsung.

Dan sorakan-sorakan berbaur perkauman mengenai Balotelli dilemparkan oleh penyokong Bastia sepanjang perlawanan berlangsung.

Alassane Plea yang merupakan rakan sepasukan Balotelli perasan akan tindakan kurang ajar penyokong Bastia terhadap Balotelli.

“Balotelli sangat sedih dan tersinggung dengan apa yang dilakukan oleh penyokong Bastia terhadapnya.”

Apa yang dinyatakan Plea itu ada benarnya. Hal ini kerana, Balotelli menyuarakan rasa hatinya yang kecewa lagi tersinggung di laman Instagramnya.

Di laman Instagramnya itu, beliau mempersoalkan adakah serangan perkauman itu adalah perkara normal di Perancis.

“Adakah sifat perkauman itu dibenarkan di Perancis? Atau ia cuma berlaku di Bastia sahaja?”

Beliau juga berkata bola sepak itu adalah permainan yang cantik, tetapi sifat penyokong Bastia yang menjadikan bola sepak itu cacat.

“Bola sepak adalah permainan yang indah. Tetapi penyokong Bastia menjadikan ia buruk dan jijik!”

Diharamkan masuk stadium

Berikutkan hal yang terjadi ini, Bastia telah memberikan respon mengenai isu ini dan ternyata mereka pantas bertindak.

French Football League juga telah membuka kertas siasatan dan hasilnya seorang lelaki berusia lingkungan 40-an telah menyerah diri untuk membantu siasatan.

Dengan itu, Bastia telah mengeluarkan pengharaman kepada lelaki tersebut daripada memasuki stadium mereka buat selama-lamanya.

Nama beliau dari senarai pemegang pas bermusim juga dikeluarkan serta-merta.

“Oleh kerana perlakukan beliau yang kurang beradab. Nama beliau dikeluarkan dari senarai pemegang pas bermusim secara serta-merta. Beliau juga akan dihalang dari memasuki Stade de Furiani selepas ini.”

Bagi kami, isu perkauman harus dihapuskan secara total. Perkara ini jika dibiarkan akan menjadi kanser kepada bola sepak selain daripada rasuah dan atur perlawanan.

Let’s kick racism out from football!

Baca juga: Presiden PFAM Sindir Pasukan Yang Culas Bayar Gaji Dan Abai Kebajikan Pemain

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN