Bekas Pemain Negeri Sembilan Musim 2009, Marian Juhas Tuntut Bayaran Pampasan Kontrak

Terbaru, FourFourTwo melaporkan bekas pemain import pasukan Negeri Sembilan, Marian Juhas tampil membangkitkan isu tunggakan pampasan kontrak.

Sejak Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) mengenakan hukuman penolakan 6 mata ke atas 4 pasukan Liga Malaysia kerana masalah pembayaran gaji, seorang demi seorang bekas pemain tampil membangkitkan isu yang sama.

Tunggakan Pampasan Marian Juhas

Marian Juhas dilaporkan telah menanti hampir 8 tahun untuk pampasan beliau dibayar oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS).

Juhas menyertai pasukan Negeri Sembilan pada musim 2007-2008. Bagaimanapun kontrak pemain pertahanan dari Slovakia ini ditamatkan menjelang musim 2009. Juhas turut pernah beraksi bersama Perak sekitar musim 2005.

Ketika bersama Negeri Sembilan, Juhas membantu pasukan tersebut menamatkan musim Liga Super di tangga kedua.

Kes Juhas pernah dibawa kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Julai 2009. Badan induk bola sepak negara tersebut mengarahkan PBNS untuk melangsaikan pampasan bersamaan 11 bulan gaji sebelum 22 Ogos 2009.

Bagaimanapun, Juhas mendakwa beliau belum menerima pampasan berkenaan yang dianggarkan berjumlah USD49,500 atau pun sekitar RM215,028.

Kemelut gaji membabitkan beliau membuatkan Juhas sendiri merasa bingung bagaimana FAM membenarkan PBNS meneruskan persaingan di Liga Malaysia tanpa sebarang tindakan dan hukuman.

“Saya telah mendesak kedua-dua pihak (FAM & PBNS) untuk melakukan sesuatu melalui ejen dan peguam yang saya lantik, Miroslav Bozik dan Jan Zlocha. Kedua-dua persatuan jelas tidak mempedulikan permintaan saya.”

“Saya menulis sepuck surat kepada PFAM menjelaskan masalah saya pada September 2016 yang lepas. Semakan PFAM mendapati pihak FAM tidak memiliki fail untuk kes saya. Bagaimana ini boleh berlaku?”

“Setiap surat, emel dan fax yang kami hantarkan kepada FAM telah dimusnahkan oleh seseorang. Syukurlah saya masih menyimpan kesemua salinan dokumen asal berkenaan, dan menyerahkannya kepada FAM.”

“Saya difahamkan jawatankuasa disiplin FAM akan mendengar kes saya, namun belum mendapat sebarang jawapan sehingga ke hari ini.”

Marian Juhas (dalam bulatan merah) bersama penyokong Perak.

Juhas juga menjelaskan bahawa beliau turut sudah menulis surat kepada Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Amin pada 19 April dan juga kepada Ketua Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam, namun masih belum mendapat sebarang jawapan daripada mereka.

Masalah pembayaran gaji di kalangan pasukan yang beraksi di Liga Malaysia adalah isu yang serius. Isu ini turut menarik perhatian badan persatuan pemain bola sepak dunia, FIFPro.

Memandangkan usaha beliau selama ini tidak membuahkan hasil, Juhas berharap agar tindakan beliau mendedahkan kes ini kepada umum akan mendapat perhatian pihak berkenaan.

Juhas juga mengharapkan agar beliau dapat memaklumkan sendiri permasalahan isu gaji beliau yang tertungak bersama PBNS kepada Presiden FAM, DYAM Tunku Mahkota Johor.

“Saya berharap Baginda dapat mendengar sendiri masalah saya agar pegawai FAM boleh menyemak kes ini secara serius. Saya berpedapat hanya Presiden FAM yang mempu menyelesaikan masalah yang saya alami bersama PBNS.”

Kenyataan FAM

Di pihak FAM, masalah kekurangan dokumentasi sokongan dalam isu Juhas dari pengurusan lama menyukarkan keputusan untuk diambil. Lagipun isu ini telah berlarutan untuk tempoh 6 tahun.

FAM jelas kekurangan bukti melainkan Juhas tampil dengan dokumen sokongan yang membuktikan PBNS tidak menjelaskan pampasan yang dituntut oleh beliau.

Hamidin menjelaskan kepada pihak Four Four Two bahawa pihak FAM hanya menyedari kes ini pada September 2016 melalui aduan yang ditampilkan oleh PFAM.

Bagaimanapun tidak ada rekod surat menyurat dicatatkan antara kedua-dua pihak di dalam simpanan FAM sejak kerusi Setiausaha Agung FAM disandang oleh Datuk Hamidin pada 2013.

“FAM telah meminta penjelasan daripada PBNS berkenaan isu ini. dan mereka juga tidak sedar akan masalah ini kerana ia telah lama berlaku.”

“Setiap kes mempunyai tempoh masa 8 tahun sahaja untuk diselesaikan. Saya akan menulis surat penjelasan kepada Juhas setelah kembali dari Bahrain.” jelas Datuk Hamidin ketika dihubungi oleh wartawan Four Four Two.

Kenyataan PFAM 

Bagi pihak PFAM, PBNS wajar memenuhi tanggungjawab sebagai bekas majikan dan berharap FAM tegas dalam isu pembayaran gaji dan pampasan.

Izham Ismail (dua dari kiri) bersama ahli PFAM yang lain. Kredit: PFAM

“Kami telah memanjangkan isu ini kepada FAM dan sedang menanti kes dibawa kepada jawatankuasa disiplin FAM untuk dibicarakan. Kami berharap isu ini diselesaikan dengan kadar segera kerana Juhas telah menanti sekian lama,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail

Izham Ismail turut menegaskan supaya PBNS mengambil tanggungjawab dalam kes ini walaupun ia terjadi ketika era tampuk pengurusan yang lama.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN