Jese Mahu Tewaskan Barcelona Untuk Bantu Real Madrid Juara La Liga

Jese Rodriguez bukanlah pemain Real Madrid. Beliau adalah pemain yang dijual oleh Real Madrid ke Paris St. Germain (PSG).

Namun, dek kerana masalah kehidupan di luar padang Jese yang ala selebriti di Paris membuatkan pemain ini disingkirkan PSG.

Beliau dipinjamkan ke Las Palmas. Namun di dalam hati beliau, semangat Madridista sangat kuat.

Lantas penyerang sayap lincah ini mahu membantu Las Palmas mengejutkan pesaing kejuaraan La Liga iaitu Barcelona dalam pertemuan awal pagi esok waktu tempatan.

Pada masa yang sama, Real Madrid akan melayan kunjungan Sevilla. Pada kedudukan semasa, Barcelona di puncak liga. Kutipan mata sama dengan Real Madrid. Namun Real Madrid masih ada 1 perlawanan di dalam tangan.

Lantas bekas pemain Los Blancos, Jese berkata:

“Saya mahu menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Barcelona dan membantu pasukan saya (Las Palmas) menang dalam perlawanan ini.”

“Ia sekaligus menghadiahkan kejuaraan La Liga kepada Real Madrid. Saya tidak bergurau tentang hal ini. Saya mahu membantu Real Madrid.”

Ada wartawan bertanya, adakah ia misi semata-mata untuk membantu Real Madrid? Jese menjawab:

“Misi saya adalah bermain baik dalam setiap perlawanan dan cuba membantu pasukan ini (Las Palmas) untuk menang.”

Adakah Jese akan berjaya menjadi hero proksi kepada Real Madrid pada awal pagi ini? Sama-sama kita tunggu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN