Cristiano Ronaldo telah tiba di Turin dan diperkenalkan sebagai pemain baharu Juventus.
Sudah pasti kemunculan pemain terbaik dunia itu akan mengundang kerisauan dan keresahan pasukan lawan di Itali, khususnya para pemain.
Tetapi, tidak bagi Marek Hamšík.
Setibanya Ronaldo di Itali, Hamšík telah mengeluarkan satu kenyataan berani dengan menyatakan bahawa dirinya tidak pernah rasa takut dengan kehadiran bintang Portugal itu.
Pemain kelahiran Slovakia ini mengakui bahawa kehadiran Cristiano Ronaldo bersama pasukan Juventus sedikit pun tidak menggerunkan beliau dan pasukannya (Napoli).
Malah, beliau yakin pasukannya akan lebih bersemangat untuk bersaing dengan Juventus bagi merebut kejuaraan di Itali.
Ketika ditanya mengenai adakah kehadiran Ronaldo akan memberi kekuatan kepada Juventus. Ini jawab Hamsik.
“Juventus akan lebih kuat dengan kehadiran Ronaldo? Saya rasa hanya dia (Ronaldo) seorang tidak mampu mengubah keseluruhan permainan.”
Hamšík tidak khuatir mengenai kehadiran Ronaldo, sebaliknya beliau percaya pemain berusia 33 tahun itu tidak akan mampu membantu Juventus jika pasukan itu hanya mengharapkan beliau seorang.
Hamšík turut membandingkan kemampuan Ronaldo dengan kehebatan yang dimiliki bekas lagenda Argentina, Diego Maradona.
Marek Hamsik warns #Juventus & Cristiano Ronaldo ‘if you’re not Diego Maradona, you can’t win anything by yourself’ https://t.co/HKAMAt62lq #CR7DAY #CR7JUVE #Napoli pic.twitter.com/jdVWcA4dlb
— Football Italia (@footballitalia) July 16, 2018
Menurutnya, Juventus hanya mengharapkan Ronaldo dan beliau tidak akan mampu membantu pasukan itu memenangi sesebuah perlawanan, kecuali jika beliau adalah Diego Maradona.
“Anda tidak mampu memenangkan pasukan dengan sendirinya. Walaupun anda merupakan pemain terbaik di dunia. Kecuali anda adalah Maradona.” tegas Hamsik.