Selepas 12 Tahun Bersama, Marek Hamsik & Napoli Bakal Berpisah

Setiap bermula itu pasti akan berakhir bukan?

Itu merupakan perkara yang normal dalam kehidupan dan ianya akan dihadapi oleh semua pihak.

Situasi ini bakal dihadapi oleh pasukan Serie A iaitu Napoli yang bakal berpisah dengan kapten mereka.

Menurut laman BBC Sport, pengurus Napoli iaitu Carlo Ancelotti memberikan bayangan yang Marek Hamsik kini bakal meninggalkan kelab tersebut tidak lama lagi.

Hamsik dikatakan sedang berbincang dengan kelab China, Dalian Yifeng untuk menyaksikan penjaring terbanyak dalam sejarah kelab itu akan berpindah ke Asia.

Jika perpindahan ini terjadi, maka ia akan menamatkan kisah penuh suka duka antara Napoli dan juga Hamsik yang sudah tercipta selama 12 tahun.

Menurut Ancelotti, perbincangan antara Hamsik dan juga Dalian Yifeng kini dalam proses menuju ke keputusan akhir dengan kebarangkalian untuk pemain itu meninggalkan Stadio San Paolo amat tinggi.

“Ketika ini, perbincangan sedang berlangsung melibatkan kedua-dua pihak.”

“Jika beliau ini pergi kerana mahukan pengalaman baharu, kami sesekali tidak akan menghalangnya.”

Ancelotti mengakui beliau cukup menghormati Hamsik sebagai salah seorang pemain yang cukup penting dalam sejarah bola sepak Napoli.

Pemergian beliau pastinya bakal ditangisi oleh para peminat yang selama ini menyaksikan kapten mereka itu berjuang untuk warna biru muda kelab itu.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan yang beliau merupakan legenda moden bagi Napoli.

Jika peminat Napoli yang terdahulu boleh berbangga dengan Diego Maradona, generasi baharu mereka boleh tersenyum dengan nama Marek Hamsik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN