Marek Hamšík: Kisah Cinta ‘Marekiaro’ Bintang Slovak Di Pinggiran Naples

“Saya tidak faham mengapa media jarang menulis mengenai Marek Hamšík. Beliau adalah pemain bola sepak yang hebat. Malah Hamšík adalah salah seorang pemain terbaik dunia di posisi tersebut,” ujar Allan yang sudah bersama Napoli sejak tiga musim yang lalu.

Apa yang dikatakan oleh Allan ada benarnya. Hamšík bukan Neymar. Beliau juga buka Paul Pogba, walaupun memiliki fesyen rambut seperti penyanyi kumpulan muzik aliran Punk.

Tatoo memenuhi tubuh badan seperti Zlatan Ibrahimovic, dan walaupun aksi bersama Napoli pada musim lalu sehebat Mohamed Salah, sukar melihat susuk pemain ini menjadi sebutan di media online ataupun cetak.

Marek Hamšík

“Hamšík adalah seorang pemain bola sepak yang pintar. Beliau berada di segenap penjuru padang, mengikuti apa yang dilakukan oleh rakan sepasukan. Itu dari aspek sebagai pemain.”

“Di luar padang, Marek [Hamšík] juga adalah seorang individu yang istimewa. Beliau adalah teman lelaki setiap ibu-bapa idamkan untuk anak perempuan mereka.”

Kenyataan di atas adalah daripada bekas Pengarah Sukan Napoli, Riccardo Bigon. Dan mungkin adalah kenyataan paling lengkap untuk menggambarkan pemain ini.

(Photo by Francesco Pecoraro/Getty Images)

Hamšík dilahirkan di Banska Byntrica, Slovakia pada 27 Julai 1987. Pada asalnya nama Marko dipilih ketika pembaptisan (upacara Kristian) oleh ibunya Renata Hamsikova.

Ia adalah sempena dengan nama datuk kepada Hamšík dan nama yang mempunyai susur galur Croatia.

Namun disebabkan oleh peraturan pendaftaran pemerintah pada masa itu, nama Marko tidak dibenarkan dan Hamsikova memilih nama Hamšík.

Karier awal

Barcelona dan juga Manchester United adalah antara dua kelab yang menjadi ikutan bintang Slovakia ini di usia remaja.

Manakala Pavel Nedved adalah idola beliau. Ia sedikit sebanyak menjelaskan corak permainan yang ditampilkan oleh Hamšík.

Kelab pertama yang disertai oleh Hamšík ialah Jupie Podlavice. Di situlah perkembangan bakat beliau mula dibina sebelum menyertai Slovan Bratislava.

This combination picture shows Napoli’s captain and midfielder Marek Hamsik of Slovakia in the strip of Slovan Bratislava team costume (L) , and in the strip of Napoli (R) during friendly football match in Bratislava on June 2,2009. AFP PHOTO / SAMUEL KUBANI (Photo credit should read SAMUEL KUBANI/AFP/Getty Images)

Bersama Bratislava, Hamšík hanya beraksi sebanyak 6 perlawanan. Satu-satunya gol dijaringkan oleh beliau di Liga Slovakia ialah pada Julai 2004 dalam perlawanan Divisyen 2 menentang Michalovce.

Pada ketika itu, Hamšík  hanya berusia 16 tahun. Selepas itu, beliau berhijrah ke Itali dengan yuran perpindahan bernilai €500,000 untuk menyertai Brescia.

Selamat datang ke Itali

Menyertai Brescia pada 2004, Hamšík memulakan karier di Itali bersama skuad B-19 pasukan tersebut. Tetapi beliau tidak menunggu lama untuk diserapkan ke skuad utama.

Pada Mac 2005 di usia 17 tahun, Hamšík melakukan penampilan pertama di Serie A dan menjadi pemain Slovakia di dalam sejarah untuk beraksi di liga utama Itali.

Brescia jatuh ke Serie B pada musim tersebut namun Hamšík dikekalkan sebagai pemain utama.

10 gol dari 40 penampilan bersama Brescia pada musim 2006/07, beliau mencuri tumpuan Napoli yang baru dinaikkan ke Serie A pada musim berikutnya.

Pada 28 Jun 2007, Napoli tidak membuang masa menyambar Hamšík dengan yuran perpindahan berjumlah €5.5 juta untuk menyertai revolusi kelab bola sepak selatan Itali itu.

Hamšík ‘Marekiaro’ diabadikan Napoli

Maradona baru. Mungkin itu gelaran yang lebih sesuai untuk pemain ini selepas beliau berjaya memecahkan rekod jaringan sepanjang zaman legenda dari Argentina itu di Stadio San Paolo.

Di Napoli, Hamšík diberi nama gelaran ‘Marekiaro’. Ia adalah sempena sebuah perkampungan kecil di pinggiran Sungai Naples, Marechiaro.

(Photo credit should read ROBERTO SALOMONE/AFP/Getty Images)

Perkampungan ini dikenali dengan keindahan dan makanan laut, dan merupakan tempat bersantai sejak 1960 an lagi. Kelangsungan tempat ini membuatkan nama ‘Marechiare’ diabadikan di dalam lirik sebuah lagu oleh penyanyi terkenal tenor dunia, Mario Lanza.

Mungkin itulah yang cuba dikisahkan di sebalik panggilan ini terhadap Hamšík. Kelangsungan yang tidak dimamah dek zaman.

Cipta gemilang

Hamšík menjaringkan gol sulung untuk Napoli di perlawanan sulung menentang Cesena di pertandingan Copa Italia pada 15 Ogos 2007.

Sebulan kemudian, gol sulung di Serie A menyusus apabila beliau membantu Napoli menewaskan Sampdoria 2-0. Musim pertama di Napoli, sebagai penjaring terbanyak kelab dengan 9 gol.

(Photo by Giuseppe Bellini/Getty Images)

Pada 2009, Hamšík dinobatkan sebagai penerima  ‘Oscar del Calcio’, anugerah yang direka khas untuk pemain muda terbaik di Seroe A.

Ini menjadikan Hamšík sebagai pemain asing pertama di Itali menerima anugerah tersebut, selepas beliau terlebih dahulu menafikan Sebastian Giovinco dan Mario Balotelli yang turut sama dicalonkan.

Selepas menjaringkan 9 gol pada musim 2007/08, dan jumlah yang sama pada musim berikutnya, Hamšík menjaringkan 12 gol pada musim 2009/10.

(Photo credit should read KARIM JAAFAR/AFP/Getty Images)

Ini menjadikan Hamšík tampil sebagai penjaring terbanyak Napoli dalam tiga musim berturut-turut, sesuatu yang hanya pernah dilakukan oleh Maradona.

Kejuaraan pertama bersama Napoli tiba pada Mei 2012 di perlawanan akhir Coppa Italia. Dalam perlawanan tersebut, Hamšík menjaringkan 1 gol untuk mebantu Napoli menewaskan Juventus 2-0.

Hamšík dan Napoli mengulangi kejayaan di pertandingan Coppa Italia pada 2014, kali ini menewaskan Fiorentina 3-1 di perlawanan akhir.

Hamšík adalah kapten termuda di dalam sejarah Napoli apabila mengambil lilitan kapten dalam perlawanan menentang Fiorentina pada 13 Mac 2010, pada usia 22 tahun.

Napoli’s Paolo Cannavaro (left), Marek Hamsik (centre) and Andrea Dossena (right) emerge from the tunnel for warm-up (Photo by Adam Davy – EMPICS/PA Images via Getty Images)

Peranan kapten terus kekal menjadi miliknya apabila Paolo Cannavaro meninggalkan Napoli pada 31 Januari 2014.

Hatrik pertama Hamšík bersama Napoli pula tiba pada 4 September 2017 ketika membelasah Bologna 7-1, sebelum gol kemenangan menentang Sampdoria pada 23 Disember tahun yang sama mengesahkan rekod Maradona bersama Napoli lebur di tangannya.

Jersi yang digunakan oleh Hamšík dalam perlawanan tersebut dipamerkan di sebuah muzium di Naples.

Kejar kejuaraan Serie A

Sepanjang karier profesional yang dilalui Marek Hamšík bersama Napoli, beliau sentiasa mencuri tumpuan beberapa kelab utama dunia.

Chelsea, Manchester United, Juventus, dan Barcelona adalah antara beberapa kelab yang pernah cuba melamar khidmat bintang Slovakia itu.

“Jersi Napoli ini adalah kulit kedua saya. Misi saya tidak akan berakhir selagi Napoli belum memperolehi kejuaraan Serie A,” jelas pemain tersebut menjelaskan mengapa beliau terus kekal di Napoli.

Malah baru-baru ini Hamšík turut menerima tawaran lumayan dari beberapa kelab di China.

Selepas pemergian Maurizio Sarri dan rakan sepasukan, Jorginho ke Chelsea, perlantikan Carlo Ancelotti terus meyakinkan impian beliau bersama Napoli masih mampu untuk dikejar.

Penutup

Di usia 31, Marek Hamšík boleh sahaja menyertai mana-mana pasukan lain untuk memastikan kejuaraan trofi mampu dicapai.

Namun beliau terus memilih untuk kekal bersama Napoli. Ia seperti bibit lirik lagu Marechiare:

Quanno sponta la luna a Marechiare.
A Marechiare ce sta na fenesta,
la passione mia nce tuzzulea
nu carofano addora ‘int’ a na testa,
passa all’ acqua pe sotto e murmulea…
a Marechiare ce sta na fenesta…

Sungguh puitis, dan luhur cinta Marek Hamšík untuk Napoli.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN