Masalah kecederaan di kem Manchester United semakin parah selepas penyerang utama mereka, Marcus Rashford disahkan mengalami kecederaan di pangkal peha semasa kekalahan 2-0 pasukan itu kepada West Ham United pada Ahad.
Penyerang antarabangsa England itu cuma mampu bertahan 60 minit sahaja di atas padang sebelum segera diganti oleh Jesse Lingard dan United seterusnya menghabiskan baki masa perlawanan tanpa penyerang tulen.
Kecederaan terbaru itu menambah lagi tekanan ke atas pengurus, Ole Gunnar Solskjaer yang kekurangan pilihan di bahagian serangan dengan kecergasan Anthony Martial kecederaan peha) dan Mason Greenwood (radang tonsil) juga masih menjadi tanda tanya.
Ole reacts to today's game. #MUFC #WHUMUN pic.twitter.com/8t23wU3Frn
— Manchester United (@ManUtd) September 22, 2019
Malah beliau juga terpaksa berhadapan dengan kecederaan beberapa pemain utama di posisi lain seperti Luke Shaw, Eric Bailly, Paul Pogba dan Diogo Dalot.
Selepas perlawanan berakhir, pengendali dari Norway itu tidak dapat memberi kepastian sejauh mana seriusnya keceraan tersebut.
“Saya tidak tahu seteruk mana kecederran itu, saya bukan doktor,” kata beliau kepada Sky Sports.
“Dia [Rashford] akan dihantar ke pasukan perubatan untuk menjalani imbasan esok. Saya akan maklumkan semula selepas mengetahui perkembangan lanjut.
Ole Gunnar Solskjaer's problems are mounting after Marcus Rashford was injured during Manchester United's demoralising 2-0 defeat at West Ham.#ManUtd pic.twitter.com/YaPKSn2R77
— TheFootballr (@FootballrThe) September 23, 2019
“Saya harap Mason [Greenwood] dan Anthony [Martial] kembali bersama pasukan dalam masa terdekat. Sungguh malang ketika kejadian [kecederaan] ini berlaku hari ini, kedua-dua pemain ini tidak dapat bersama pasukan.”
Minggu lepas, Solskjaer terpaksa mempertahan prestasi Rashford yang masih belum menemui sentuhan jaringan dalam permainan terbuka selepas enam perlawanan liga musim ini.
Bekas kapten Manchester United, Gary Neville yang juga bertugas sebagai pengulas di Sky Sports turut memberikan komen di atas krisis yang melanda bekas pasukannya itu.
“Dia kelihatan begi letih dan melakukan banyak larian sia-sia ke arah penjaga gol. Ole tidak sepatutnya mendapat satu lagi kecederaan. Rashford sedang berhadapan dengan tempoh sukar beberapa minggu ini dan dia juga kelihatan begitu kecewa.” kata Neville.
Bekas bek kanan United dan England itu turut menyalahkan aktiviti perpindahan pasukan berkenaan yang menjual penyerang prolifik mereka Romelu Lukaku kepada Inter Milan tanpa mendapatkan pengganti yang sewajarnya.
“Greenwood, Martial dan Rashford, semuanya cedera. Sekarang Jesse Lingard adalah penyerang utama Manchester United,” seloroh Neville.
“Kamu lihat sendiri jumlah duit yang dibelanjakan dalam tempoh enam atau tujuh tahun kebelakangan ini, £900 juta! Hanya kurang sedikit sahaja daripada Manchester City.
“Jadi apa yang mereka sudah dapat sehingga sekarang? £900 juta adalah nilai yang ‘gila bapak’ besar tetapi pasukan kamu tidak ada penyerang tulen.”