Juan Mata berpendapat bahawa rakan sepasukannya, Marcus Rashford adalah seorang ‘anak muda yang istimewa’ dengan sikap dan keberanian ditunjukkan pemain berusia 19 tahun itu untuk bersinar pada tahun yang mendatang.
Adalah luar biasa apa yang telah dicapai oleh Rashford sejak 19 bulan yang lalu setelah berjaya melolosi pasukan utama United ketika itu dihimpit dengan masalah kecederaan menentang FC Midtjylland di Liga Europa.
Rashford telah menjadi kegemaran peminat dan pemain utama di United, sementara potensi luar biasa ditampilkannya menyaksikannya beliau dengan pantas diserapkan ke skuad England untuk Euro 2016 di Perancis.
Penyerang tersebut merupakan sebahagian dari skuad The Three Lions bimbingan Gareth Southgate untuk kelayakan Piala Dunia yang akan menentang Slovenia dan Lithuania.
”Saya fikir dia sangat cemerlang, kata Juan Mata. Saya fikir dia anak muda yang istimewa.”
“Saya fikir dia mempunyai banyak bakat dan mempunyai mentaliti yang baik yang penting dalam usianya itu.”
“Dan dia sedang bermain dengan baik ketika ini, minggu demi minggu, walaupun masuk sebagai pemain simpanan, yang banyak membantu, saya benar-benar percaya dia akan menjadi pemain penting untuk kelab dan negara.”
“Ia adalah untuk semua yang dilakukannya di padang, kualiti yang dimilikinya, menjadi pemain penting dalam beberapa permainan sukar di mana dia hanya mengambil bola dan menjaringkan dua gol hebat seperti kali terakhir dalam Piala Liga (menentang Burton).”
”Saya lihat ramai pemain seperti usianya dan mereka tidak mengekalkan konsisten, tetapi saya percaya dia (Rashford) mampu kerana dia mentalitinya dan dia mempunyai mentaliti yang betul untuk konsisten.”
Rashford berjaya memberikan dua bantuan jaringan (assist) pada perlawanan kelmarin yang memberikan kemenangan 4-0 kepada United ketika menentang pasukan bawahan, Crystal Palace.
Sumber :
Belfast Telegraph (2017) – http://www.belfasttelegraph.co.uk/sport/football/premier-league/juan-mata-hails-special-manchester-united-teammate-marcus-rashford-36187106.html