Ultimate FC Ranapkan Taktikal Defensif Level Up FC, Menang 3-1

Perlawanan ke-15 Selangor Champions League menyaksikan perlawanan di antara Ultimate FC menentang Level Up FC dengan Ultimate mudah tundukkan Level UP 3-1.

Pasukan Level Up yang sudah pun mendapat 3 mata sebelum ini sudah pasti ingin meneruskan rentak cemerlang mereka.

Namun menentang Ultimate FC yang mengamalkan corak permainan pantas bukanlah sesuatu tugas yang mudah.

Bermula dari tiupan wisel pertama kedua-dua pasukan mula mengatur gerak masing-masing.

Ultimate menggunakan taktikal tempo permainan yang laju dan hantaran jauh. Manakala Level Up mengamalkan taktik high pressing untuk menutup ruang Ultimate.

Larian penyerang licik Ultimate, Fadhli Abd Halim seringkali mengucar-ngacirkan pertahanan Level Up.

Jaringan pertama perlawanan hadir pada minit ke-18 perlawanan melalui pemain import Ultimate iaitu Elvenson Enson yang memakai jersi bernombor 25.

9 minit selepas gol pertama, Ultimate sekali lagi berjaya menembusi gawang gol Level Up menerusi Fadhli Abd Halim yang bijak melakukan sepakan chip menewaskan penjaga gol Level Up.

Ultimate sekali lagi menambah duka Level Up apabila berjaya menambah satu lagi jaringan pada minit ke-35 perlawanan melalui Khair Abd Latif.

Khairol yang tidak dikawal mudah menyepak masuk hantaran ‘cross’ daripada rakan sepasukannya, Khairul Nizam Baharudin.

Aksi separuh masa pertama tamat dengan Ultimate mendahului Level Up 3-0.

Babak kedua perlawanan menyaksikan Level Up menyerang kubu pertahanan Ultimate secara bertubi-tubi bagi mendapatkan gol untuk merapatkan jurang.

Hasilnya, pada minit ke-44, Level Up berjaya mendapat gol pertama mereka apabila penjaga gol Ultimate keluar sedikit awal dan memudahkan Matthew Devaraj untuk menanduk masuk menjadikan kedudukan 1-3.

Level Up sekali lagi mengatur serangan untuk mendapatkan gol kedua. Ketua jurulatih Level Up mula menukar stratergi dengan bermain formasi ‘3 at the back’ untuk menambah ‘extra man’ sewaktu menyerang.

Namun barisan pertahanan Ultimate kali ini bijak untum menyerap asakan dan seringkali mematahkan serangan Level Up.

Keputusan 3-1 kekal hingga tamat perlawanan berpihak kepada Ultimate FC.

Statistik perlawanan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN