Marcote Masih Terkejut Kedah Tewas Kepada Kuala Lumpur

Kesilapan individu barisan pemain pertahanan Kedah dikatakan sebagai punca Kuala Lumpur menjaringkan empat gol menewaskan skuad Helang Merah itu di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur kelmarin.

Pengendali skuad itu, Ramon Marcote berkata kepada Berita Harian, beliau masih tidak percaya pasukannya tewas kepada pendatang baharu Liga Super musim ini.

“Kami pasukan yang lebih baik, mencipta banyak peluang tetapi gagal untuk memanfaatkannya.

“Selalunya apabila anda menjaringkan tiga gol anda menang perlawanan itu, tetapi empat kesilapan membenarkan KL menjaringkan empat gol, termasuk pada minit terakhir,” katanya.

Marcote turut menafikan ketiadaan Baddrol Bahtiar memberi kesan mendalam kepada Kedah yang menjaringkan dua gol menerusi Pablo Pallares dan satu Liridon Krasniqi.

“Kami tidak tahu kerana Baddrol tidak bermain. Kami hanya boleh bercakap mengenai pemain yang beraksi.

“Kami bermain baik dan saya cuba untuk mencari sebab mengapa kami tidak menang, tetapi saya tidak boleh.

“Berapa banyak peluang KL ada? Saya tidak boleh ingat. Tapi yang saya boleh ingat gol yang mereka jaringkan,” katanya.

Antara kesebelasan utama pasukan Kedah berdepan Kuala Lumpur. FOTO: KFA

Kuala Lumpur yang tidak konsisten dalam aksi unifi Liga Super 2018 ketika ini turun dengan sistem 5-3-2 yang ditunjangi oleh Zaquan Adha dan Guilherme de Paula di bahagian serangan.

Sistem 5-3-2 yang diterapkan oleh ketua jurulatih KL, Fabio Maciel pada musim ini tidak asing buat 2 pemain muda mereka. Irfan Zakaria dan Syazwan Andik masing-masing mengisi posisi tengah dan bek sayap kiri.

Kedah pula tidak membuat apa-apa kejutan dari aspek kesebelasan utama mereka. Dengan ketiadaan Baddrol Bakhtiar, Farhan Roslan ditugaskan bermain di sayap kanan.

Kiridon Krasniqi menjaringkan gol untuk pasukan Kedah. FOTO: KFA

Ketika perlawanan nampak berakhir seri 1-1, giliran Ifwat Akmal pula menembak kaki pasukannya sendiri apabila gagal menampan kemas rembatan rendah de Paula yang singgah ke laluan larian pemain gantian, Ashri Chuchu untuk menghadiahkan gol ke-4 tuan rumah.

Dengan kekalahan 3-4 ini, Kedah pastinya tertanya-tanya bagaimana mereka pualng dengan tangan kosong walaupun mendominasi perlawanan ini. Tetapi berdasarkan aksi pertahanan mereka pada malam itu, tidak hairanlah Kedah bolos 12 gol dalam hanya 5 perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN